Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 30, 2010

Shin Bet: Zionis ketakutan pelaksanaan Islam di Gaza

Sebuah penyelidikan dari lembaga perisikan Zionis mengungkapkan adanya kebimbangan Israel terhadap kemungkinan kuat kejayaan Hamas dalam pelaksanaan undang-undang Islam dalam pelbagai bidang kehidupan di Semenanjung Gaza, dan lambat laun kawasan itu secara berperingkat menjadi sebuah negara Islam.

Keputusan kajian yang disusun oleh perkhidmatan keselamatan awam Israel yang juga dikenali sebagai "Shin Bet" - salah satu sayap dari badan perisikan Zionis - menyatakan bahawa Hamas berusaha keras untuk melaksanakan undang-undang Islam di dalam wilayah Gaza secara berperingkat, dan Gaza akan berubah menjadi sebuah teokrasi Islam . "Menambah bahawa Hamas bekerja untuk memperkenalkan undang-undang Syariah di Gaza dengan cara yang 'soft' dan sarana modern untuk tidak mendapat penolakan dari warga Gaza.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa aktivis Hamas menggunakan agama untuk menukar kurikulum dan memberikan kurikulum pelajaran dengan watak Islam, menggantikan kurikulum pendidikan Mesir, pendekatan baru Islamisasi Hamas ini menggambarkan sebagai "projek nasional Palestin."

Selain itu, Hamas telah berupaya untuk mengubah gaya hidup di institusi pendidikan, yang dibiayai oleh Badan PBB untuk para pelarian.

Hasil penelitian menyimpulkan dengan merujuk pada kejayaan Hamas dalam penggunaan alat komunikasi moden, seperti Internet dan alat komunikasi mobile, untuk pelaksanaan undang-undang Islam dalam sektor ini dan penyebaran nilai Islam, di mana data menunjukkan peningkatan jumlah warga Palestin di Semenanjung Gaza dan yang menggunakan Internet untuk keperluan keagamaan saja dan penyebaran ajaran Islam.

Selain itu, kajian ini mencatat adanya peningkatan terhadap jumlah muslimah yang memakai tudung di Gaza, yang mencerminkan kejayaan Hamas dalam akses terhadap pelbagai lapisan rakyat Palestin di Gaza. (Fq / imo)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP