Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 31, 2010

Dah tahu, Umno nak naik siling kambing la tu

Apa erti harga siling kalau kerajaan tidak boleh kawal harga yang dinaikkan oleh dua tiga orang pengimport daging kambing. Oleh kerana kerajaan tak boleh kawal peniaga naik harga kerajaan mahu kaji naik hargs siling.

Kalau macam ni cara kerajaan tangani kenaikan harga, sapa-sapa pun boleh perintah. Peraturan dibuat untuk kawal peniaga menaikkan harga sembarangan sebaliknya kerajaan bukan mahu kawal harga tetapi mahu tetapkan siling ikut harga peniaga.

Pengalaman ini berdasarkan harga ayam yang ketika dahulu dikawal tetapi tidak lagi dikawal kerana kerajaan tidak mampu berbuat demikian sebab peniaga tetap langgar harga siling yang ditetap kerajaan. Akhirnya kerajaan mengaku kalah dengan peniaga. Ikut kehendak peniaga.

kali ini dia nak panggil peniaga nak bincang. Tengoklah selepas ini siling kambing pun akan naik. Dah tahu dah... lama dah duduk bawah kerajaan Umno ni.

Laporan berkaitan dari Bernama Harga siling daging kambing import akan dikaji semula.

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengkaji semula harga siling musim perayaan Deepavali bagi daging kambing import dari Austrlia memandangkan harga borongnya yang melonjak terlalu tinggi ketika ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu dengan pihak pemborong esok.

"Ekoran harga borong yang tinggi, para peniaga terpaksa menjual kambing import dari Australia pada harga RM19 sekilogram melebihi harga siling RM17 sekilogram yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan kawalan sempena Deepavali di pasar awam Sentul di sini Ahad.

Bagaimanapun katanya beliau berpuas hati dengan harga yang diletakkan oleh para peniaga bagi 14 barangan kawalan lain yang disenarai di bawah Skim Kawalan Harga bagi perayaan Deepavali yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula hari ini.

Katanya antara barang itu termasuk ayam, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, telur ayam gred A, B dan C, Cili Merah, Tomato, Bawang Merah Kecil India, Ubi kentang import dan kacang Dhal Australia.

"Ia dikawal hanya di musim perayaan sahaja, sebab biasanya di musim perayaan ini peniaga cuba menaikkan harga kerana permintaan bertambah, misalnya kacang dhal, saya percaya permintaan untuk kacang dhal bertambah menjelang Deepavali ini, jadi harganya dikawal," katanya.

Ismail berkata 1,600 pegawai pemantau dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan memantau serta menguatkuasa harga barangan kawalan di seluruh negara sepanjang tempoh 10 hari musim perayaan itu.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang laporan mengenai salahlaku peniaga supaya membuat aduan dengan menelefon talian hotline 1-800-88-6800 atau menghantar email ke alamat eaduan@kpdnkk.gov.my.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP