Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 8, 2010

Lebih 20 tahun PAS perintah Kelantan masih ramai pelajar tak solat lima waktu

Program bulan sembahyang pun dah buat tetapi kajian yang dibuat hanya 31 peratus masyarakat umat Islam Kelantan solat lima waktu sehari.

Apa sudah jadi PAS? Apakah kerana terlalu banyak politik sehingga rakyat tidak terdidik supaya solat lima waktu sehari?

PAS perintah Kelantan lebih 20 tahun tetapi kenapa masih gagal melahirkan insan bersolat. Kalau ikut umur PAS perintah Kelantan maka rakyat yang berumur 20 tahun ke bawah boleh dikatakan majoriti solat.

Sebaliknya pendedahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melahirkan rasa dukacita apabila hanya 31 peratus masyarakat Kelantan cukup solat lima waktu sehari mengikut satu kajian yang dilakukan tahun lepas, cukup membayangkan PAS gagal mendidik rakyat.

Apa sebenarnya tanggungjawab PAS memerintah kalau masih ramai rakyat tidak solat, sebab itu ramai orang kata PAS dan Umno sama sahaja.

Rakyat memilih PAS kerana mahu mengamanahkan kepada PAS menjaga mereka. Sebaliknya PAS gagal memastikan rakyat mereka sembahyang lima waktu. Apa sudah jadi dengan PAS? Apakah mahu bergaduh politik memanjang.

Bertambah bimbang nanti kempen bulan sembahyang hanya sekadar pengisian PAS yang mahu tonjol negara Islam tetapi keberkesanannya tidak seberapa.

Menurut Nik Aziz, daripada jumlah 1,740 pelajar luar bandar yang dijadikan responden, hanya hanya 50 orang atau 2.8 peratus sahaja mengaku solat lima kali sehari.

“Kajian itu juga merumuskan hanya enam peratus rakyat Kelantan yang mengimarahkan masjid untuk solat berjemaah,” ujarnya.

Menurutnya juga perkara seperti itu malangnya berlaku di Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah.

Fikirlah PAS. Memerintah itu amanah besar. Turunlah padang pastikan rakyat bersolat.

Berita berkaitan:

Istana sokong program Bulan Sembahyang

KOTA BHARU, 7 Okt: Program Bulan Sembahyang yang dianjurkan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu turut mendapat sokongan pihak istana Kelantan memandangkan ia memberi kesan positif kepada golongan remaja.

Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra (gambar atas) bertitah program berkenaan memperlihatkan kejayaannya bagi membina generasi yang cintakan solat.

”Jadi sudah sampai masanya kerajaan negeri menyediakan papan tanda khas di seluruh jajahan berhubung program Membina Generasi Solat supaya rakyat mengetahui program tersebut.

“Saya berharap usaha ini dipertingkatkan agar rakyat bukan sahaja mengetahui program ini, sebaliknya sedar sejauh manakan kejayaan hasil program yang dianjurkan.

“Usaha mempertingkatkan program berkenaan perlu dilaksana bersesuaian dengan Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah dan Negeri Tadahan Wahyu,” titah baginda ketika merasmikan majlis Ihtifal Membina Generasi Al-Quran dan Majlis Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), di Balai Islam, hari ini.

Titah baginda, ibadat solat wajib dilaksanakan dengan sempurna bagi membendung umat Islam melakukan perkara mungkar.

Katanya, masyarakat juga perlu mengubah budaya mendidik anak-anak dengan menghantar anak-anak di peringkat belajar di sekolah agama.

1 comments:

oxers92 February 10, 2011 at 8:39 PM  

Lebih 50 tahun perintah bijaksana,adil,jujur dan amanah atau BARISAN NASIONAL masih ramai PEMIMPIN BARISAN TERSEBUT tak solat lima waktu..ADAKAH PENULIS BLOG INI MENUDUH PADA SATU PIHAK SAHAJA DAN ADAKAH SOLAT INI PERLU DIPAKSA BARU DILAKSANA ATAU DILAKUKANNYA..MANAKALA SOLAT INI MERUPAKAN AMALAN SETIAP MUKMIN...

p/s: cuba anda letakkn air depan kambing..kalau kambing tersebut tidak mahu meminum air tersebut inikan manusia yang ada akal dan fikiran...

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP