Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 30, 2010

Perjuangan Mahmud Mabhuh akan difilemkan

Jurucakap Hamas Mahmud al-Zahar ketika ini sedang menulis naskah untuk siri TV tentang kehidupan dan kematian Mahmud al-Mabhuh, seorang pemimpin Hamas yang dibunuh oleh Mossad di Dubai.

Al-Zahar mengatakan dalam sebuah persidangan Palestin di Gaza minggu ini bahawa beliau sedang menulis script untuk siri TV tentang Mahmud Mabhuh.

Kehidupan Mabhuh tentu layak untuk dijadikan sebuah drama televisyen. Lahir dan dibesarkan di Gaza, beliau terpaksa melarikan diri dari Semenanjung Gaza pada tahun 1989 kerana adanya pemburuan IDF terhadap beliau. Pada saat kematiannya, beliau berusia 50 tahun dan berkhidmat di Hamas dalam urusan luar negeri.

Sebab pembunuhan commander Hamas itu masih belum diketahui dan dalam siasatan. Beliau ditemui mati dalam bilik hotel di Dubai pada bulan Januari, sehari selepas tiba di Amiriah.

Al-Zahar mengatakan siri TV tentang Mabhuh ini akan mendidik masyarakat tentang pemimpin yang menyrahkan kehidupnya untuk tanah air Palestin, dan memelihara kisahnya untuk anak cucu, "kami berharap dia akan memberikan contoh kepada generasi muda.

Ini bukan kali pertama al-Zahar, yang merupakan seorang doktor, telah memilih untuk berkecimpung dalam seni menulis script film. Dua tahun yang lalu ia menulis sebuah skrip filem tentang Imad Akil, komander sayap tentera Hamas yang dibunuh oleh IDF di Gaza, pada tahun 1993.

Namun sementara warga Gaza ikut audisi untuk ambil bahagian dalam siri TV ini, penyelidikan Mabhuh terus berlanjutan. Minggu lalu, Ketua Polis Dubai Dahi Khalfan Tamim mengatakan bahawa Kanada telah menangkap seorang yang disyaki dalam kes ini.

Menurut harian The Globe and Mail, pegawai Kanada spekulasi bahawa tuntutan itu merupakan usaha untuk memalukan Dubai terhadap Kanada di tengah berlangsungnya pertikaian atas hak lapangan terbang. (Fq / Ynet)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP