Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 12, 2010

Rakyat miskin mangsa penipuan orang politik

Bila kita sebut Islam, ia menyeluruh bukan Allah SWT suruh tegak akidah dan undang-undang dia sahaja, malah seluruh aspek kehidupan, termasuk ayak.

Jadi air itu pun termasuk dalam aspek kehidupan kita. Kalau perintah takat nak naik harga air, sapa-sapa pun boleh perintah.

Rakyat bagi amanah dia perintah supaya dia fikir cari jalan supaya air tak naik. Kalau macam tu la dia perintah naik harga air memang patut veteran PAS Kedah suruh MB Kedah Ustaz Azizan letak jawatan.

Tapi dia keras kepala. Dia takkan letak jawatan punya selagi seluruh rakyat Kedah demontrasi turun desak dia letak jawatan. Kita harap member kita Cikgu Non, Najib Fahmi dan geng dia dapat kerah rakyat seluruh Kedah bantah naik harga ayak.

Biaq kecut teluq Azizan. Aku pun dah jadi naik angin pasal pemimpin politik PAS lebih kurang Umno gila dengan kemewahan.

Sepatutnya bila dalam bab ayak dia kena fikir seratus kali sebelum nak naik harga ayak. Sebab masa Umno perintah bila kerajaan itu naik harga ayak ke, api ke atau minyak ke, kita suruh kerajaan tu berjimat.

Hapus rasuah dan penyelewengan. Kerana rasuah dan penyelewengan inilah yang menyebabkan wang negara susut. Jadi kerajaan terpaksa naik harga minyak, ayak dan api nak tapung duit negara yang makin kering.

Tapi tang PAS perintah Kedah, kenapa bila naik ayak takdak pulak Anwar anak Pak Ibrahim ulas minta kerajaan Kedah jimat.

Arwah Ustaz Fadhil Mohd Noor kata kalau nak suruh rakyat berjimat pemimpin dulu kena ikat perut.

Sultan kepada semua ulama, al-Izz bin Abdis Salam atau dikenali Izzuddin Abdis Salam mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:

“Apabila negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung dalam Baitul Mal.

Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini.

Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus.”

Tetapi kat Kedah pemimpin bermewah. Naik kereta mewah, rumah mewah, berbelanja mewah sebaliknya rakyat miskin pula dibeban kenaikan harga air.

Fatwa yang cukup tegas ini disambut juga dengan ketegasan oleh pemerintah Qutuz. Beliau memerintahkan semua pembesar negara dan pimpinan perang agar menyerahkan semua yang mereka miliki kepada negara.

Hasil yang menakjubkan; Mesir adalah negara yang kaya. Tetapi kekayaan tersebut telah disalahgunakan oleh sebahagian pimpinan pada masa itu.

Penyerahan harta dari pembesar negara telah disambut oleh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan harta masing-masing untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang.

Semua turut serta dalam memberikan sumbangan. Fatwa Izzudin bin Abdis Salam benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang segera.

Jadi Ustaz Azizan dan gengnya dah ikat perut ke belum? Atau nak tunggu rakyat pakat ikat perut hang ke.

Cuba fikir fatwa Izzudin tu. Rasanya selamat rakyat Kedah daripada kenaikan air. Tapi kena buat duhulu baru rakyat dapat ikut.

Jangan asyik nak bertimpa-timpa kepada rakyat. Akhirnya yang terbeban rakyat miskin. Orang dapat duit sebulan berpuluh ribu dia tak heran bayar ayak RM100 ke RM200. Tetapi rakyat yang dapat duit RM500 ke Rm799 sebulan sudah tentu terbeban nak bayaq RM30 sebulan. Lagipun peratus tu pun dah jauh api dari panggang.

Bekas Menteri, Datuk Seri Azmi Khalid baru terasa beban bayar tol mahal tetapi semasa dia jadi menteri tidak tak sedaq. Ni contoh manusia kalu tak kena atas kepala dia..dia tak rasa apa tapi bila kena baru dia mengeluh. Ini contoh jelas.

Cuba Azizan tiru gaya berfikir Umno cara nak naik harga minyak. Rakyat pun tak marah kecuali orang politik bodoh je marah.

Kerajaan Umno naik harga minyak tetapi minyak bermutu tinggi dia kasi ampung. tapi minyak bermutu rendah tu boleh rakyat awam ni pakai dengan harga tak beban. Orang ada duit dan mahu jalan sedap pakai minyak mahal. Jadi otak dia tu jalan. Taklah rakyat marah sangat.

Tapi bab ayak ni Azizan tak leh fikir ke cari penyelesaian supaya rakyat awam terutama orang miskin tak tertindas. Tuhan bagi otak buat apa kalau tak leh fikiq.

Aku ingat kalu bagi kat aku pun aku fikir banyak langkah atasi naik harga ayak. Sama ada bertentangan dengan perjanjian atau tidak itu kita kena tanya loyar buruk kerajaan. Takkan tadok jalan lain. Jalan nak balik rumah pun banyak...

Kita tahulah pendapatan sebulan air kerajaan Kedah kurang dekat nak separuh daripada kos perbelanjaan bulanan tapi rakyat dah bagi amanah maka kena fikr habis-habis dan cari jalan sebelum naik ayak.

Harap Sarudin baca apa yang saya tulis ni. Tentu dia tergelak besar macam Taufek dan Zul Sulong gelak nak terangkat pejabat tu.

Soal jumlah pendemo bukan persoalan selagi rakyat miskin tertindas kerana mereka lah perjuang rakyat tertindas.

Kita jangan ambil hati dengan orang PAS taksud. Bila kita demo dia kata kita Umno. Tak boleh ditegur langsung. Kita yang nak tegur dia dan nak berjuang untuk orang miskin, kita pulak dituduh Umno. Otak tak terbuka langsung. Dia ingat PAS tu maksum ke tak boleh ditegur.

Allahuakbar... teruskan perjuangan untuk rakyat miskin kerana Nabi berkata jangan hina orang miskin.

Kenduri kalau tidak ada orang kaya tak apa tetapi kenduri tak ada orang miskin tak berkat. Hormatilah orang miskin kerana perasaan dia sensitif.

Orang kaya memang dia hilang perasaan. Pasal tu dia main terjah je naik harga air.

Berita berkaitan:

Tarif air Kedah: 30 ahli Pas adakan demonstrasi bantahan

Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Oktober lepas.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, lapor agensi berita nasional Bernama.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim dipetik sebagai berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri dan Sada kerana ia tidak wajar memandangkan ia amat membebankan rakyat di negeri ini.

"Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman di Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman di Alor Star hari ini.

Turut serta dalam demontrasi itu adalah bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau Mohd Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah Md Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail.

"Beban yang sama turut ditanggung oleh 12 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Kedah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta tidak mendapat peruntukan oleh kerajaan negeri bagi membayar bil air yang dikatakan terlalu tinggi itu," kata Abdullah seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata ini membuktikan kerajaan negeri hanya membuat janji-janji kosong kepada rakyat bagi meraih simpati daripada rakyat Kedah supaya menyokong PAS agar membolehkan mereka memerintah kerajaan negeri seperti sekarang.

Katanya dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS berjanji akan menjaga kebajikan rakyat dengan menurunkan caj air dan meningkatkan kualiti bekalan air di negeri ini namun ia tidak ditunaikan oleh Azizan.

Abdullah yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Kedah berkata sejak kerajaan negeri diambil alih oleh PAS, kualiti air di negeri ini pada tahap yang tidak memuaskan dan saban hari mereka terpaksa menggunakan air yang berkeladak dan berwarna kuning.

"Ini membuktikan kerajaan negeri pada hari ini tidak peka dan perihatin dengan nasib yang menimpa rakyat. Ia tidak seperti sewaktu pemerintahan kerajaan BN yang sentiasa mengambil berat mengenai nasib rakyat dari semasa ke semasa," katanya.

Sehubungan itu jika Azizan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, mereka mahu Azizan meletakkan jawatan segera dan digantikan pemimpin lain yang mampu melakukan tugas dengan baik dan mahu membela nasib rakyat dan bukan cakap-cakap kosong.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP