Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 26, 2010

Asy-Syabaab Somalia lakukan aksi seperti peristiwa `Black Hawk Down'

Pejuang Asy-Syabaab Somalia yang mengaku sebahagian daripada gerakan al-Qaidah pada hari Ahad lalu mempamerkan mayat askar yang diyakini mayat pasukan Afrika di Somalia di jalan Mogadishu.

Kumpulan Syabaab mendakwa tentera yang tewas tersebut adalah tentera Uganda yang tewas dalam pertempuran Sabtu malam di salah satu pangkalan tentera Kesatuan Afrika di Mogadishu. Namun juru bicara pasukan Kesatuan Afrika yang dikenali sebagai AMISOM hanya menegaskan bahawa ada pertengkaran terjadi, tanpa menyebut adanya korban.

"Unit istimewa kami menyerang pangkalan musuh di Shaqalaha tadi malam, mengorbankan beberapa tentera Uganda," kata juru bicara Syabaab Syaikh Ali Rage Mohamoud kepada wartawan di ibu negara.

"Salah satu mayat tentera Kesatuan Afrika sengaja dipamerkan di sini hari ini sehingga semua umat Muslim dapat menjadi saksi tewasnya musuh dengan mata mereka sendiri," tambahnya.

Rage mengatakan serangan Syabaab pada Shaqalaha telah berjaya, mendakwa bahawa pejuang berjaya masuk ke pangkalan AMISOM dan merampas peralatan tentera mereka.

Saksi melihat mengatakan bahawa pejuang Asy-Syabaab mempamerkan mayat tubuh pasukan Uganda ke kerumunan orang di dekat jalan barubah.

"Banyak orang berkumpul dan berdiri untuk melihat mayat itu. Mayat tersebut mMengenakan seragam tentera Uganda dan helm," kata Abdullahi kepada AFP.

Sumayo Abdulkadir, saksi mata lain, juga mengatakan ia melihat kad pengenalan askar yang ditunjukkan oleh Syabaab.

Aksi pejuang Syabaab yang mempamerkan mayat tentera pasukan Kesatuan Afrika asal Uganda ini mengingatkan pada peristiwa tahun 1993 lalu, pada waktu pejuang Somalia berjaya menembak jatuh helikopter Black Hawk AS dan menarik keluar mayat tentera AS dan mempamerkannya kepada masyarakat Somalia dengan mengheret mayat tersebut melalui jalan-jalan Mogadishu. Peristiwa ini dibawa ke layar perak oleh Hollywood dengan filem bertajuk "Black Hawk Down." (Fq / AFP)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP