Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 21, 2010

"Act! For America", kempen anti syariat Islam di Oklohama AS

Kumpulan sayap kanan melancarkan kempen memborbardir media untuk memenangi suara, "Ya" dalam pungutan suara anti-Syariah di Oklahoma.

Sebuah kumpulan sayap kanan bersumpah untuk melawan "Islamofasisme" dengan melancarkan kempen memborbardir media di Oklahoma untuk menyokong pindaan perlembagaan negara yang akan melarang mahkamah daripada mempertimbangkan adanya undang-undang antarabangsa yang lain atau undang-undang Islam hadir dalam ruangan persidangan.

Kempen Act! For America ditubuhkan oleh wartawan Amerika Lubnan bernama Brigitte Gabriel, kempen tersebut termasuk iklan radio yang mulai ditayangkan Isnin lalu dan seruan dari mantan pengarah CIA James Woolsey yang mendesak warga untuk memilih inisiatif suara mereka.

Kumpulan itu berkata pindaan perlembagaan akan menghalang pengambilalihan Oklahoma oleh kalangan pelampau Islam yang ingin membatalkan undang-undang Amerika dari dalam ke luar.

"Kami ingin memastikan bahawa orang-orang di Oklahoma yang terdidik tentang apa undang-undang syariah dan mengetahui konsekuensinya jika undang-undang syariah ditegakkan," kata Gabriel, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu kepada FoxNews.com.

"Kami tidak mahu mengambil risiko dengan inisiatif ini dengan sedikit sokongan. Kami berharap kami lolos dengan kemenangan besar."

Dalam dua minggu kedepan, para pengundi di Oklahoma akan menentukan nasib berkaitan perubahan UU State Question 755, atau lebih dikenali sebagai "Save Our State" selepas lembaga legislatif dari kubu Republik menang dengan melaluinya dengan suara 82-10 di parlimen dan suara 41-2 di Senat.

Sebuah jajak pendapat oleh Tulsa World pada bulan Julai lalu mendapati bahawa 49 peratus pengundi menyokong perubahan berbanding dengan 24 peratus yang menentangnya dan 27 peratus yang ragu-ragu.

Pada iklan radio kumpulan ini menceritakan kisah keputusan hakim mahkamah keluarga New Jersey untuk tidak memberikan perintah penahanan atas permintaan seorang wanita yang mengalami gangguan seksual oleh suami Marokonya dan dipaksa berkali-kali melakukan hubungan seks dengannya.

Hakim memutuskan bahawa bekas suaminya merasa ia berperilaku sesuai dengan keyakinan Islam dan ia tidak mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan jenayah atau maksud untuk serangan seksual terhadap isterinya.

"Ini hanyalah salah satu contoh mengerikan tentang bagaimana undang-undang Islam Syariah telah mula menembusi Amerika," kata narator dalam iklan radio tersebut. "Bantu kami menghentikan undang-undang Syariah datang ke Oklahoma."

Iklan tersebut tidak menyebutkan bahawa Mahkamah Agung New Jersey telah membatalkan keputusan pada bulan Julai, memutuskan bahawa keyakinan agama suami itu tidak relevan dan hakim dalam mengambil keputusan dengan pertimbangan yang disampaikan oleh si suami adalah "salah."

Gabriel berpendapat bahawa undang-undang Syari'ah telah terlaksana di Eropah, mencatatkan bahawa sekurang-kurangnya 85 mahkamah Syariah beroperasi di Inggeris. "Ketika kita melihat Eropah, Eropah adalah preview dari apa yang datang ke Amerika Syarikat," katanya. "Kami ingin memastikan hal ini tidak berlaku di sini." (Fq / foxnews)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP