Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

Muslim sunni dilarang mendirikan solat Jumaat di wilayah Iran

Kerajaan Iran melarang pelaksanaan solat Jumaat bagi umat Islam Sunni Jumaat lalu di beberapa pinggiran ibukota Teheran, meskipun faktanya bahawa Muslim Sunni tidak mempunyai satu masjid pun yang boleh digunakan untuk melaksanakan solat Jumaat di ibukota Teheran.

Sedangkan di negara Islam sunni, terdapat masjid syiah yang memberi kebebasan kepada golongan tersebut mendirikan solat Jumaat seperti di Indonesia, Singapura dan lain-lain.

Web Sunni Online yang merupakan laman web rasmi komuniti muslim Sunni di Iran melaporkan bahawa: Telah terjadi pelarangan untuk melaksanakan solat Jumaat pada minggu ini, khususnya dalam Shahrak Danesh yang terletak di pinggiran kota Quds dan di beberapa daerah pinggiran yang lain.

Seorang pegawai dari sebuah kumpulan penyokong dan reformasi Iran dalam mengomentari insiden ini menyatakan bahawa adanya percanggahan yang sangat jelas dalam pelaksaan dari instansi yang berkaitan dengan masalah ini. Kerana sebelumnya kementerian dalam negeri Iran dalam pertemuannya dengan beberapa ahli parlimen Sunni di dewan beberapa waktu lalu, menyatakan bahawa kementerian dalam negeri menolak segala jenis pelarangan ibadah dari muslim Sunni yang ada di Iran.

Selain itu telah dinyatakan dalam perlembagaan negara Iran bahawa adanya doktrin kepada kebebasan menjalankan amalan ibadah untuk semua agama yang ada di Iran. Namun faktanya, tetap ada amalan-amalan pelarangan untuk muslim Sunni menjalankan ibadah mereka yang bertentangan dengan kenyataan pegawai dan perlembagaan yang ada.

Sebagai catatan, di ibukota Iran Teheran banyak terdapat gereja maupun sinagog, namun satupun tidak ada masjid untuk muslim sunni di kota tersebut. (Fq / so)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP