Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

Bonus: Rugi undi BN masa pilihan raya umum 2008

Anwar kata kalau Pakatan Rakyat perintah negara kakitangan awam tetap dapat bonus. Beliau kesal kerajaan BN tidak mampu beri bonus kerana banyak wang membazir.

Betul ke Anwar... ruginya rakyat undi BN perintah Malaysia. Bagaimanapun satu perkara Anwar patut juga ingatkan kerajaan negeri Kedah tu.

Sudahlah bonus tak dapat, air pula mahu naik. Kita rakyat sokong PR ingatkan tidak berlaku kenaikan sama ada naik air atau apa-apa hak kerajaan negeri mahu buat.

Jadi tidaklah dikatakan kerajaan tak serupa bikin. Tetapi yang peliknya bila kita jumpa orang PAS dia kata tak pa lah pasal 17 tahun air tak naik di Kedah.

Dalam otak saya kalau PR perintah atau terutama PAS ada barakah. Jadi dalam otak saya sepatutnya kerajaan Kedah bukan naik harga air tetapi atau malah turun harga air.

Kalau inilah yang boleh PR buat saya rasa sudah pasti rakyat mahu PR perintah Malaysia. Orang Kedah bersyukurnya pilih PAS perintah.

Tetapi kenapa tidak berlaku demikian ya? Tanya Hadi atau Anwar apakah kerajaan negeri Kedah pun membazir.

Kalau sudah perintah tu hasil negeri sikit pakat kongsi secara sikit. Kalau banyak pakat bagi banyak. Baru ada berkat. Taklah harga air naik.

Yang menjadi masalah kita hamba rakyat. Wang gaji masa BN perintah dulu kita pun sapu habis tak nak potong untuk kerajaan supaya khazanah harta kerajaan negeri meningkat dan dapat diagih kepada hamba rakyat yang melarat.

Jadi fikir jangan naik harga air. Cari jalan supaya keniakan air tidak bebankan orang miskin. Tidak menyebabkan harga teh naik harga. Fikirkanlah bila kita perntah. Kalau dah jatuh buat apa fikir lagi.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP