Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 27, 2010

Umno susah hati bila Dr Chandra kata `Umno kafir'

Dalam posting blog geng Umno mendakwa pemimpin besar mereka Tun Mahathir dan Najib jatuh kafir apabila tidak mengikuti cara PAS. Dakwa blog itu lagi hampir 85 peratus umat Islam ikut jatuh kafir.

Kalau perhati gaya tulisan tersebut nampak sangat kebodohan penulis blog tersebut tentang Islam. Malah kalau dibaca dan diperhati betul-betul dakwaan Chandra tersebut bahawa mereka yang menentang perlaksanaan undang-undang Islam boleh jatuh kafir.

Kalau itu kata Chandra sama juga dengan pendapat jumhur ulama. Jadi memang sah Chandra lebih cerdik Islam daripada penulis blog geng Umno.

Penulis blog geng Umno dinasihatkan usahlah dok bangga dengan Islam baka ilmu takda. Hanya keturunan je nama Islam tetapi tidak memahami Islam. Lebih baik Chandra banyak membaca tentang Islam.

Kalau orang bukan Islam boleh sokong undang-undang Islam yang Allah tetapkan kenapa orang Islam terutama Umno pula yang menolak. Orang Umno itu ramai Islam.

Sepatutnya orang Umno tidak tolak pelaksanaan undang-undang Islam bila diajukan oleh PAS. Sepatutnya Umno yang mengaku cerdik pandai Islam kenapa tidak tolong tambah dan cari kebaikan supaya ia bertambah baik bila dilaksanakan.

Kenapa Umno mesti menolak mentah-mentah? Bagi penulis blog geng Umno bawa bertaubatlah. Baca sikit al-Quran dan hadis. Rujuk juga dengan ulama yang tidak makan duit Umno. Baru kita dapat ilmu dan kebenaran.

Kalau anda minat nak tahu boleh baca posting dibawah yang terdapat dalam blog Umno.

Galas : Tun Mahathir & Ds Najib Murtad?

Tahukah anda, Tun Mahathir,Ds Najib dan seluruh ahli Umno telah jatuh kafir apabila dikatakan tidak mengikuti Islam cara PAS.

Ini termasuklah umat Islam yang tidak menyertai mana mana parti politik dan atas pagar yang tidak menyokong Hudud PAS. Jika dikira secara keseluruhannya hampir 85% umat Islam di negara ini telah jatuh kafir seperti mana dakwa Dr Chandra .

Hasil didikan dan kefahaman Islam yang diterapkan oleh PAS,Dr Chandra yang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) dianugerahkan hak ekslusif dan lesen besar untuk mengkafirkan umat Islam di negara ini.

Kefahaman Dr Chandra yang begitu mendalam mengenai Islam dakwa Ustaz Saiful begitu hebat mengatasi umat Islam sendiri.Pengiktirafan terhadap Dr Chandra adalah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh kepimpinan Isle PAS.

Dalam ucapan Dr Chandra di Ijtima' Pas kali ke 14 di Batu Rakit, Sabtu 23 oct 2010

Dr Chandra menyatakan bahawa beliau belajar dari sumber Islam iaitu al-quran dan bukannya orang Islam apatah lagi UMNO yang dilihat sebagai merosakkan Islam. Melakukan perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau juga mengungkapkan bagaimana beliau menyokong perlaksanaan islam dan hokum hudud. Beliau tidak gerun kerana beliau tidak melakukan jenayah-jenayah tersebut. Yang memalukan apabila UMNO sendiri menentang hukum hudud. Mengikut fahaman beliau UMNO sudah kafir dan murtad.

Kalau orang melayu mendengar ucapan sebegini mesti merasa malu dan terpukul. Seolah si Hindu ini lebih memaahami islam. Apatah lagi kalau orang UMNO mendengar ucapan ini bagaimana si India ini lebih kemas hujah dan logic yang diguna pakai untuk menyokong perjuangan Islam berbanding UMNO dengan dasar assobiyyahnya. Tetapi bagi hardcore UMNO mungkin marah ucapan sedemikian. Mungkin mengatakan “sesiapa yang mengkafirkan seseorang sedang ia tidak kafir maka kembali kafir itu kepada orang yang menuduh”

Ini dah kes takfir. Kes kafir mengkafir ni!... Habis kalau UMNO tidak kafir sebagaimana tuduhan Dr Chandra, maka kembalilah kekafiran itu kepada Dr Chandra. ?????? Sememangnya Dr Chandra non muslim! Mungkin kalau ramai non muslim seperti ini berceramah diatas pentas menyokong Islam… mungkin naik gila pemimpin UMNO. Umno sendiri taknak islam, orang bukan islam pulak menyokong Islam. Apa agaknya Ulama Muda UMNO nak kata???
-selanjutnya klik sini

Pisau sarankan kepada pembaca dan semua umat Islam yang jatuh kafir dan murtad,segeralah bertaubat dengan secepat mungkin tinggalkan BN dan UMNO.Sertailah PAS maka terampunlah dosa dan secara tidak langsung syurga dijanjikan.



Fikirlah secara lojik,sedangkan Dr Chandra kafir harbi boleh menghukum kamu menjadi kafir,adalah lebih elok saja menyertai PAS daripada bergelumang dengan Umno yang nyata jatuh kafir dan murtad seperti mana dakwa Dr Chandra.


Pasca PRK Galas di sajikan dengan pengkafiran dan murtadnya golongan yang menentang PAS. Dr Chandra bukan saja mendapat endorsement daripada pimpinan tinggi PAS malah sokongan tak berbelah bagi oleh seluruh umat Isle PAS.


Setelah didomba dan menzahirkan politik benci,pimpinan PAS dalam perhimpunan ini juga turut menyeru agar menentang golongan kafir di Galas yang menentang hudud PAS.Mereka mereka ini turut di berikan lesen besar untuk melakukan jihad fisabillah kononnya menentang Umno sebagai menentang yahudi.


Inilah kebodohan dan kejahilan yang nyata disajikan kepada seluruh rakyat Malaysia, PAS yang terkenal dengan hubungan selingkohan bersama DAP sebenarnya langsung tidak berani memperkatakan mengenai isu hudud dan negara Islam dihadapan DAP.


Nik Aziz sudah beberapa kali diherdik oleh Kit Siang,Guan Eng dan Karpal.Malah Zaid Ibrahim dan Nik Nazmi turut menghentam Nik Aziz apabila beliau memperkatakan mengenai hudud.


Diluar sana secara terang terangan PAS menjadi pelacur politik,menjadi abdi dan suruhan kepada DAP. Hinggakan quran dan nama Allah sanggup digadaikan.Apa saja yang dimahukan oleh DAP sudah pasti akan dituruti.


Setiap kali perlakuan mungkar dan percangahan didalam Islam yang dilakukan oleh DAP akan dihalalkan asal matlamat tercapai.

2 comments:

Azmi_mus December 2, 2011 at 3:00 PM  

MasyaAllah...

Dr Chandra adalah Muslim.... saya juga pada mulanya tak tahu bahawa Dr Chandra adalah Muslim.

Wife Dr Chandra adalah wanita Melayu.

anak dan menantu Dr Chandra adalam Muslim. Anak Chandra pakai Tudung... Suaminya nama Nizam...kedua-duanya adalah Peguam.....

Azmi_mus December 2, 2011 at 3:11 PM  

Saya maksudkan Dr Chandra Muzafar...

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP