Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 16, 2010

Taliban berjaya bunuh tiga tentara AS pagi Jumaat

Mujahidin Taliban menyatakan bahawa pejuangnya telah berjaya menewaskan tiga tentera Amerika dan mencederakan dua orang lain, selama pertengkaran antara para pejuang Taliban dan pasukan pendudukan Nato di daerah Khiva yang terletak di antara Jalalabad dan wilayah Konar.

Juru bicara Taliban mengatakan bahawa pertempuran berlaku pada pukul sembilan pagi Jumaat ini (15 Oktober) dengan sasaran lori tentera pasukan perikatan asing. Mujahidin menyerang menggunakan tembakan bom tangan roket dan menyebabkan tiga tentera Amerika terbunuh dan mencederakan dua orang lain.

Korbannya 3 tentera AS ini datang menyusul setelah sebelumnya hanya dalam masa dua hari sekitar 14 tentera pasukan perikatan asing Nato tewas dalam berbagai insiden berasingan.

Empat tentera tewas di selatan - tiga di antaranya tewas dalam serangan pejuang Taliban dan satu tewas kerana letupan bom pinggir jalan.

Sedangkan lapan askar terbunuh oleh pejuang Taliban di timur Afghanistan.

Nato tidak mendedahkan kebangsaan tentera mahupun lokasi yang tepat daripada insiden kematian tentera-tentera mereka. (Fq / imo)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP