Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 23, 2010

Zul, Zahrain dan pengikutnya patut contohi Yip Sun Onn

Terperanjat juga kita apabila ada lagi orang politik rupanya mempunyai prinsip amat tinggi dan langsung tidak tergadai dengan elaun sebagai wakil rakyat serta kemudahan lain terutama sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang mempunyai peruntukan tahunan.

Barangkali ini sejarah politik tanah air kita yang patut dicontohi terutama wakil rakyat yang isytihar dirinya sebagai Ahli Parlimen atau Adun bebas. Wakil rakyat bebas tidak sanggup melepaskan kepentingan elaun dan keistimewaan wakil rakyat selepas lompat keluar daripada parti yang mereka tandingi dan menang dalam pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya Yip sun Onn sanggup meninggalkan semua keistimewaan dan kepentingan sebagai Adun demi mempertahankan prinsip dan hak beliau kerana tidak berpuashati dengan pemimpin yang menggugurkan beliau dalam kepimpinan MCA negeri.

Ini betul-betul `anak jantan' Nazri!

Sikap seumpama ini pun belum tentu dapat dicontohi mereka yang bergelar perjuang Islam.

Opp! Ada yang terasa ke? Kalau terasa tu kurangkan makan cili.

Berikut laporan Malaysiakini.com:

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan
Abdul Rahim Sabri, Mac 23, 10

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP