Malaysiakini pada 24 Mac, Rabu melaporkan Sivarasa; 'KPN tiada ijazah undang-undang'
Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.
Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.
“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa ketika dihubungi.
Sumbangan Ikhlas Ke Tabung Dana Perjuangan CMK Dalam Isu Adik Zara Qairina
Mahathir
-
CMK telah ditangkap oleh pihak polis Bukit Aman dan ditahan di IPD Dang
Wangi atas isu Zara Qairina pada 21 Ogos 2025 yang lalu.
Pertuduhan yang dikenak...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment