Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 20, 2010

Pemimpin politik patut jadikan Zulkifli Haron cipta beca berenjin hibrid sebagai idola

Bertuah kita mempunyai pereka kreatif, Zulkifli Haron tetapi sampai sekarang beliau tidak dapat `Datuk'.

Namun beliau bukan sahaja dianugerah Allah SWT mempunyai kepakaran mereka cipta bahkan naluri atau sifat ihsannya cukup ketara peka dan sensitif.

Kalau pemimpin yang mempunyai kepakaran memerintah disamping ada sifat seumpama Zulkifli tadi maka rakyat miskin akan rasa makmur dan sejahtera kerana mereka turut jadi perhatian kerajaan.

Sifat sensitiviti Zulkifli terhadap penderitaan orang miskin itu diwarisi daripada amalan Nabi dan Rasul supaya golongan miskin tidak rasa tersisih dalam hidup.

Berita berkiatan:

Beca berenjin hibrid laju dan menjimatkan

KUALA TERENGGANU: Empat beca di Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila dilengkapi enjin hibrid, sekali gus menjadi perintis penggunaan sistem seumpama itu di Malaysia.

Ia adalah hasil kreativiti pereka autotronik terkenal, Encik Zulkifli Haron.

Enjin itu berupaya membantu meringankan bebanan pengayuh beca di mana mereka hanya perlu berbelanja RM2 ($0.84) sehari untuk seliter patrol selain keistimewaan bergerak dengan kelajuan mencecah 10 kilometer sejam.

Encik Zulkifli ketika ditemui berkata, walaupun enjin hibrid sudah sebulan diguna pakai oleh empat beca itu namun ia merupakan yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Beliau turut lega apabila enjin ciptaannya itu berjaya menarik perhatian kerajaan negeri Terengganu yang bersetuju menambah antara 10 hingga 15 beca lagi yang menggunakan enjin tersebut.

Mengulas lanjut, setiap enjin hibrid yang menelan kos RM5,000 itu berupaya membantu 'tukang kayuh' terutama sewaktu bateri yang dipasang pada beca mulai kehabisan.

'Apabila enjin dipasang, secara automatik bateri akan dicaj sendiri dan pengayuh beca dapat bergerak dengan selesa, sistem yang kita naik taraf ini (enjin hibrid) sangat membantu mereka (pengayuh).

'Saya sedih tengok ramai yang tak larat kayuh beca. Malah sebelum ini, beca yang pakai elektrik dan bateri, pengayuhnya alami kesukaran apabila bateri habis dan terpaksa mengecas semula bateri, sebab itulah kita naik taraf sistem ini kepada enjin hibrid,' ujarnya.

Sementara itu, pengayuh beca, Encik Abdullah Mohamad, 50 tahun, yang sudah 20 tahun mengayuh beca bagi menyara isteri dan empat anaknya mengaku, tugasan hariannya kini berbeza dan tidak perlu mengerah sepenuh kudrat berbanding sebelum ini.

'Sekarang tidaklah teruk macam dulu, saya hanya perlu petik suiz untuk pasang enjin hibrid ini dan boleh bergerak membawa penumpang termasuk pelancong sehingga ke Chendering, Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal,' ujarnya.

Encik Abdullah menambah, sejak becanya dilengkapi enjin hibrid, secara purata pendapatannya sekitar RM40 sehari dan baginya jumlah itu sudah cukup untuk menanggung keluarga.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP