Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 28, 2010

Lepas ni pengarah boleh cari Benjy buat filem

Kalau tengok laporan polis maknanya Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, 31, dikira cergas dalam hal narkotik tetapi dia boleh terselindung dengan populariti ibunya sebagai artis, Azean Irdawaty.

Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran laporan polis. Sebagai ibu pula memang sifat dan nalurinya mempertahankan anak. Pada kebiasaan para ibu tidak tahu sangat perkembangan anak mereka. Anak pula melindungi perbuatannya tidak terdedah kepada ibu mereka.

Bagaimanapun kita mengharap pihak polis menjalankan siasatan yang adil. Sikap pihak polis tidak mendedahkan sebab berlaku tahanan kedua mungkin juga untuk menjaga maruah si ibu. Keadaan Azean yang uzur juga boleh memberi mudhorat kepada beliau jika sekiranya pihak polis menjelaskan sebab penangkapan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bandaraya, Penolong Pesuruhjaya Kang Chez Chiang, berkata Benjy ditahan sekali lagi apabila siasatan polis mendapati pelakon itu terbabit dengan aktiviti memproses, mengedar dan menjual dadah jenis kokain dan syabu di sekitar Lembah Klang.

Beliau mengulas anak Azean itu ditangkap semula lepas diikat jamin.

Sebelum itu, bak babak drama, suasana di luar kaunter pembayaran ikat jamin Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kecoh seketika kelmarin selepas pelakon Benjy yang baru beberapa minit diikat jamin oleh ibunya ditahan semula oleh pihak polis.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31 tahun, ketika itu baru melangkah keluar daripada kaunter membayar ikat jamin selepas ibunya, aktres, Azean Irdawaty, membayar wang jaminan RM2,000 ($848) seperti diperintahkan Mahkamah Majistret.

Kurang lima minit dia dibebaskan, Benjy didatangi sekumpulan lima anggota polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang memaklumkan mereka terpaksa menahannya semula bagi disiasat lebih lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya.

'Kenapa ni? Anak saya dah bebas. Apa yang berlaku tolong jelaskan kepada saya,' kata Azean yang terpinga-pinga.

Dalam keadaan penuh emosi itu, Benjy sempat bersalam dan mencium tangan ibunya sebelum dibawa ke IPK Kuala Lumpur.

Adik Benjy, Elza Irdalyna, pula menangis sambil menjerit ke arah polis sebelum dipujuk peguam bela, Cik Sharon Khoo.

Terdahulu, Benjy didakwa di mahkamah atas tuduhan memiliki syabu di sebuah rumah di Menara Duta 2 Jalan 1/38B, Jalan Segambut di sini pada 4 petang, 11 Mac lalu.

Rakan wanita Benjy berusia 23 tahun yang ditahan dan direman bersamanya pula dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketika ditemui, Azean berkata beliau terkejut dengan insiden itu dan kecewa dengan layanan polis yang didakwa tidak menjelaskan lebih terperinci berhubung penahanan semula anaknya.

'Kak Yan tanya beberapa kali kepada polis yang tahan Benjy kenapa dia ditahan semula tetapi seorang pun tidak menjawab. Kak Yan ibunya, dan sedang sakit. Tidak bolehkah mereka beritahu elok-elok. Buat secara profesional,' katanya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP