Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 11, 2010

Syaikh Tantawi tinggal dunia dipanggil ke alam barzah

Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun.

Pemimpin agama Mesir Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi, yang juga merupakan Syaikhul Kabir al-Azhar, dilaporkan telah meninggal kerana serangan jantung dalam kunjungannya ke Arab Saudi, sebagaimana dilaporkan agensi berita rasmi Mesir Mena pada hari Rabu ini (10 /Mac).

Syaikh Tantawi, 81 tahun berada di Riyadh untuk menghadiri upacara penghargaan "King Faisal Prizes". Syaikh Tantawi dikenali sebagai seorang ulama yang amat sangat sederhana, bahkan terkadang berlebihan atau melampau, dan ia juga sering mengecam kumpulan Islam yang dianggap berpendapat lebih keras.

Baru-baru ini, Syeikh Tantawi telah menimbulkan kemarahan kumpulan Islam 'konservatif' pada akhir tahun lalu, selepas beliau melarang perempuan daripada mengenakan cadar di kampus al-Azhar dan sekolah yang berkaitan dengan universiti al-Azhar. Dirinya juga termasuk ulama yang menyokong fatwa Majma Buhuts al-Islami al-Azhar yang meng "halal" kan pembinaan tembok besi di Mesir.

Langkahnya itu dianggap sebagai sebahagian daripada memperhebat perjuangan antara Islam moderat yang diperjuangkan oleh negara dan rakyat Mesir yang berpaling daripada pemahaman Islam terutama gerakan Islam dan jumhur ulama berpendirian sekarang.

Syaikh Tantawi menjadi Imam besar al-Azhar sejak tahun 1996. Al-Azhar adalah salah satu lembaga yang paling terkemuka di dunia Islam sunni mempunyai banyak sekolah, universiti terkenal dan institusi lain di seluruh Mesir.

Selamat jalan Ya Syaikh. Semoga amal ibadah mu diterima disisi Allah. Amin (FQ / aby)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP