Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 29, 2010

Malang Melayu berada di negeri Umno walaupun nama Melayu

Pemerintah pun Melayu iaitu Umno Johor dan sekarang disokong kuat oleh Perkasa yang dikepalai Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Sebab itu barangkali Perkasa jadi lupa nak tolong Melayu di Johor sebaliknya cepat bertindak kalau Melayu di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Namun orang Melayu tidak faham pun perjuangan Perkasa sebab hendak kata NGO tetapi banyak hal politik. Hendak kata bebas tetapi secara terangan sokong Umno. Jadi lebih baik Perkasa daftar pertubuhan politik lagi bagus. Boleh tengok beberapa bulan boleh hidup dan bungkus.

Bagaimanapun hakikat yang jelasnya orang Melayu makin selesa berada di negeri dibawah pemerintahan pakatan rakyat (PR). Begitulah untungnya orang Melayu dibawah PR. Kes orang Melayu dihalau macam anjing kurap Kampung Berembang semasa Umno perintah tetapi sekarang mereka dapat pembelaan sewajarnya.

Orang India di kampung Buah Pala juga dapat pembelaan dan pampasan sewajarnya. Orang Melayu dan India banyak dapat laba bila PR perintah sebab semua media dan Umno mahu tolong mereka.

Kalau di negeri Umno seperti Johor tidak ada pula media beria-ia mahu tolong orang Melayu yang ditekan pemerintah BN. Jadi itulah ruginya orang Melayu dibawah kerajaan BN.

Malaysiakini melaporkan: Roboh rumah: Penduduk buat rayuan di Parlimen
Salhan K Ahmad Mac 29, 10

Sekumpulan penduduk dari Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu berkunjung ke Parlimen hari ini bagi meminta bantuan beberapa ahli parlimen PAS untuk memperjuangkan pampasan ke atas rumah mereka yang bakal dirobohkan di kampung berkenaan.

Wakil penduduk itu, Ramli Ibrahim berkata mereka mengetahui bahawa tanah di kawasan itu adalah milik kerajaan apabila mereka meneroka kawasan hutan berkenaan untuk mendirikan penempatan mereka kira-kira 20 tahun lalu.

Namun itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kerajaan untuk tidak memberikan apa-apa pampasan kepada kira-kira 320 keluarga di kawasan itu, kata Ramli.

Jelasnya, pada 24 Mac lalu pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai penduduk, termasuk premis warung makan dan kedai runcit di kampung itu.

Kira-kira 20 buah rumah lagi dan juga sebuah surau di kawasan sama dijangka akan menerima nasib yang sama, seperti yang dialami serama 200 penduduk kampung itu sebelum ini, kata Ramli.

Menurutnya lagi, 200 penduduk berkenaan kini ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Denai Kempas Permai sejak awal tahun lalu.

Keluarga yang terlibat dengan operasi perobohan pada 24 Mac dan untuk kawasan rumah yang masih berbaki pula akan ditempatkan di PPR Desa Mutiara, Tebrau yang terletak kira-kira 28 Km daripada kawasan sedia ada.

"Apa yang kami ingin minta di sini ialah supaya penduduk kampung ini diberikan pampasan dan supaya perobohan ini ditangguhkan. Kita hanya minta setakat RM30 ribu sahaja.

"Masalahnya sekarang ini langsung tidak ada pampasan. Kenapa kami tidak boleh diberikan pampasan, sedangkan penduduk Kampung Berembang di Selangor, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dapat layanan lebih baik," soalnya.

Dalam sidang media sama, wakil Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata beliau akan membawa isu tersebut dalam perbahasannya di dalam dewan.

Turut memberi sokongan ialah wakil Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang berkata kerajaan perlu memberi ihsan kepada penduduk kampung berkenaan dengan memberikan pampasan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP