Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 23, 2010

Surat untuk PM Lee didakwa mengandungi bahan kimia

Singapura, 23 Mac: Sepucuk surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan didakwa mengandungi bahan kimia telah menimbulkan kegemparan di Istana, semalam.

Bagaimanapun, ujian yang dijalankan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tidak menjumpai sebarang kesan bahan yang membahayakan.

Menyusuli pertanyaan Berita Harian kepada pihak polis semalam, seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai surat yang ditujukan kepada Encik Lee, semalam.

'Sebagai respons kepada pertanyaan media, polis mengesahkan bahawa sepucuk surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Lee telah diterima di Istana, semalam.

'SCDF telah menjalankan ujian ke atas surat itu menggunakan alat pengesan dan tidak menemui sebarang kesan bahan merbahaya,' ujar jurucakap polis itu lagi.

Namun beliau tidak menjelaskan bila dan bagaimana surat itu dikirimkan.

Difahamkan beberapa pegawai SCDF telah dikejarkan ke Istana untuk menjalankan ujian ke atas surat tersebut.

Pihak SCDF bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kakitangan dan kenderaan yang dikerahkan ke Istana.

Jurucakap polis itu menambah bahawa surat berkenaan kini telah dihantar ke Makmal Nasional Pertubuhan Sains Pertahanan (DSO) untuk ujian lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP