Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 10, 2010

Pihak berkuasa perlu siasat perbuatan ancam nyawa

Terperanjat saya bila melayari blog sahabat di Terengganu bila membaca nyawa orang Kemaman terancam?

Ini menarik minat saya untuk membaca kandungan laporan beliau. Rupanya ia kes serius kalau laporan tersebut benar tetapi kenapa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa membiarkan perbuatan pengilang.

Kita harap kepentingan nyawa awam perlu diutamakan maka pihak berkuasa jangan memandang mudah. Mesti disiasat! Pelupusan sisa pembuangan kilang sama ada ia boleh mendatangkan bahaya atau sebaliknya.

Jika sekiranya sisa buangan boleh mengancam nyawa maka perbuatan tersebut adalah zalim.

Rasulullah Muhammad saw bersabda dalam hadis qudsi dari Allah SWT, "Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sungguh Aku akan membalas orang dizalimi, cepat atau lambat, sungguh Aku akan membalas orang yang melihat seseorang dizalimi dan ia mampu menolongnya, namun tidak ditolong,"

Satu tabiat orang Melayu kita tidak mahu menyusahkan diri selagi tidak terkena atas kepala sendiri. Amalan ini tidak bagus dan tidak membela orang ramai yang dizalimi maka hadis tersebut memberi peringatan kepada kita. Sesiapa yang mengetahui maklumat tersebut maka ia mesti bela rakyat umum supaya orang yang mengetahui itu selamat daripada kemurkaan Allah SWT.

Tempat pelupusan sisa dikatakan haram itu di tanam berhampiran Sungai Dadong. Sungai ini dihulu daripada pam air di Sungai Pinang untuk kegunaan awam.

Air sungai mengalir dari hulu ke hilir maka amat membimbangkan jika sisa tersebut meresap ke sungai Rumah Pam Air di Sungai Pinang turut menyedut sisa tersebut dan kemudiannya diminum oleh kita. Apa perasaan anda?

Berikut laporan sahabat saya dalam bahasa mudah Terengganu:

Nyawa Orang Kemaman ‘Terancam’??

MINGGU lalu…, awal bulan Mac 2010 Awang telah dihubungi oleh member-member Awang di Kemaman. Katanya, datang segera ada ‘benda’ pelik hendak ‘royak’ (khabar).

“aiiya…lu latang sini oooo…saya ada manyak celita mau kasi sama ‘u’….nyawa penduduk di Kemaman mungkin dalam BAHAYA!!!”.

Member-member Awang tadi merupakan orang tionghua dari Pahang tetapi telah lama bekerja di Terengganu, khususnya di daerah Kemaman.

Apa yang merisaukan penduduk apabila mereka mendakwa bahan sisa buangan yang ditanam tepi Sungai Dadong, Air Putih.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula diminta menyiasat pembuangan sisa industri yang datang dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong kerana ia mungkin mempunyai bahan ‘toksik’ yang merbahaya.
Orang ramai juga percaya, sisa tersebut yang dibawa dengan lori serta ditanam di tepi Sungai Dadong, dekat sini tidak mendapat sebarang kelulusan dari JAS.
Mereka menjadi lebih kebimbangan kerana ia dilupuskan berhampiran dengan sungai yang masih menjadi sumber bekalan air bersih penduduk di daerah tersebut.
Encik Shim Chee Seong, 47, mendakwa antara 30 hingga 40 buah lori dipercayai sisa toksik telah dibuang dan ditanam di tepi Sungai Dadong ini.

“Banyak lori mereka tanam dan macam sisa toksik. Kalau tidak silap lebih kurang 30 hingga 40 buah lori.

“Mereka bawa bahan itu dari kilang Tioxide Hunsman Sdn. Bhd dan tanam di tepi sungai ini,” jelas.

Encik Tiyor Chew Huat, 53, berkata pihak kilang membeli tanah pasir kotor di tepi Sungai Dadong, Air Putih dengan harga RM150 selori.

“Satu trip harga pasir kotor RM150 dan akan ditambah lagi RM50 jika pemandu lori membawa sisa-sisa buangan toksik untuk ditanam di tempat pasir tadi diambil,” jelasnya.

Rakannya, Encik Teow Fah Yek, 63, melahirkan rasa kebimbangan jika sisa-sisa toksik tersebut meresap masuk ke sungai berkenaan.

Katanya, air Sungai Dadong mengalir terus ke Sungai Kemaman yang menjadi punca bekalan air bersih untuk penduduk di daerah ini.

“Saya rasa ini (sisa toksik) tidak selamat dan boleh membahayakan nyawa penduduk di Kemaman.

“Jika sisa toksik itu meresap masuk ke dalam sungai akan menyebabkan keracunan dan nyawa penduduk Kemaman terancam,” ujarnya.

Harakah dimaklumkan, sisa-sisa buangan toksik tersebut ditanam dengan kedalaman 10 hingga 20 kaki dan jaraknya dengan Sungai Dadong 20 kaki sahaja.

Laporan beliau boleh dibaca di sini http://apaorangkata.blogspot.com/


0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP