Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 25, 2010

Malek Hussein sekelip mata jatuh miskin selepas diisytihar jutawan

Agak lama juga tidak dengar cerita Malek tiba-tiba timbul wajah beliau dalam Malaysiakini. Dalam edisi Inggeris media maya itu memaparkan kemungkinan wajah terbaru beliau. Apa khabar beliau sekarang ya?

Tengok sekali imbas wajahnya telah mengikuti usia namun ia diselubungi rambutnya yang berwajah remaja. Tak pa lah tu. Kita tinggal soal itu. Mungkin dia ceria dengan gaya terbarunya.

Malek Hussein pada 2007, mahkamah tinggi mengisytihar beliau sebagai jutawan kerana secara tiba-tiba beliau mempunyai aset RM2.5 juta.

Bagaimanapun wang sebanyak RM2,500,000 hanya atas kertas penghakiman dan belum mampu lagi dikecap beliau.

Namun dengan keputusan terbaru mahkamah rayuan, Malek jatuh miskin dalam sekelip mata.

Berikut berita berkaitan:

Bekas tahanan ISA hilang ganti rugi RM2.5 juta
Hafiz Yatim Mac 25, 10

Seorang bekas tahanan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hilang ganti rugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Hakim Md Raus Shariff yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa penahanan Abdul Malek Hussein adalah sah dan menolak semua dakwaan yang dia diseksa semasa dalam tahanan.

Dua hakim lain yang itu ialah hakim mahkamah persekutuan - Sulong Matjeraie dan Ahmad Maarop.

Berikutan keputusan itu, Abdul Malek (kiri) tidak layak mendapat sebarang pampasan kewangan tetapi sebaliknya diarahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos RM50,000.

Sementara itu, Abdul Malek berkata beliau akan membawa kesnya itu ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan hari ini.

Abdul Malek, ditangkap dan mendakwa dia diseksa oleh kerajaan pada tahun 1998.

Beliau kemudiannya memfailkan saman pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.

Pada 2007, hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan penahanan Abdul Malek ketika demonstrasi reformasi itu dibuat dengan niat jahat berdasarkan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP