Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 17, 2010

Tiada gerai jual babi dan arak di Pasar Geylang Serai

Geylang Serai dikatakan satu-satunya kawasan majoriti Melayu di Singapura kerana itu permintaan kepada daging babi dan arak berkurangan di situ.

Malah di pasar Geyland, arak pun tidak laku. Bagaimanapun ia tidak menunjukkan orang Melayu Singapura sangat patuh dengan hukum Allah SWT yang mengharamkan arak.

Kemungkinan kesesuaian pasar tersebut sebagai tempat umum tidak melariskan jualan arak. Minuman keras tersebut yang diharamkan Islam masih terdapat dikedai orang bukan Islam di situ.

Berita berkaitan:

Dr Ong: Kuasa pasaran tentukan jenis produk dan barangan dijual
Oleh Adli Yashir Kuchit

Singapura 17 Mac: Pasar baru Geylang Serai tidak menjual daging babi dan minuman keras kerana tiada permintaan bagi produk-produk tersebut sejauh ini, kata Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Ong Seh Hong.

Beliau berkata meskipun pemerintah tidak dapat mengiktiraf Pasar Geylang Serai sebagai sebuah 'pasar halal', kuasa pasaran sejauh ini telah menentukan jenis produk dan makanan yang ditawarkan di pasar tersebut.

'Jika saya seorang peniaga, saya perlu fikirkan apa yang patut saya tawarkan, saya perlu jual barang-barang yang diperlukan para pelanggan,' kata Dr Ong.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semalam untuk menerangkan atur cara kunjungan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Lim Hwee Hua, ke kawasan undi Kampung Ubi-Kembangan pada 28 Mac ini.

Kawasan undi tersebut merupakan salah satu divisyen di bawah GRC Marine Parade.

Sempena acara tersebut, Cik Lim juga dijadualkan mengadakan lawatan ke Pasar Geylang Serai.

Dalam sidang media itu, Dr Ong turut menafikan dakwaan bahawa ada gerai baru yang akan menjual daging babi di pasar tersebut.

'Anda perlu periksa dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), tetapi setahu saya semua gerai di pasar basah itu sudah ada pemiliknya, malah kedai kopitiam yang ada di pasar Geylang Serai juga setahu saya tidak menjual minuman keras,' kata Dr Ong.

Menjelaskan dasar pemerintah, beliau berkata bahawa pemerintah tidak dapat mengkhususkan Pasar Geylang Serai sebagai pasar halal.

'Andainya pengiktirafan itu dibenarkan, ada golongan lain yang mahukan pasar khas.

'Contohnya, saya tidak makan daging, mungkin kelak ada golongan yang tidak makan daging mahukan sebuah pasar yang hanya menjual sayur-sayuran,' jelas Dr Ong.

Namun, beliau akur bahawa Pasar Geylang Serai mempunyai ikatan yang istimewa dengan penduduk Melayu/Islam di negara ini.

'Apa yang berlaku sejauh ini ialah kuasa pasaran telah menentukan jenis produk dan barangan yang dijual di pasar tersebut,' kata beliau lagi.

Awal bulan ini, ketika mengunjungi Pasar Geylang Serai, Menteri Kanan, Encik Goh Chok Tong, berkata bahawa kuasa pasaran dan bukan pemerintah yang menentukan jenis barangan atau makanan yang ditawarkan para pegerai di pasar tersebut.

Oleh itu pemerintah tidak boleh menghalang jika ada pegerai yang ingin menawarkan makanan atau barangan yang tidak halal, tambah Encik Goh.

Pasar baru Geylang Serai dibuka semula pertengahan Julai tahun lalu setelah ditutup lebih 40 bulan bagi menjalani Program Peningkatan Pusat Penjaja (HUP) yang menelan belanja $18.2 juta.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP