Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 23, 2010

Syaikhul Azhar; `Saya tidak akan kunjungi Jerusalem'

Selasa, 23/03/2010: Syaikhul Azhar yang baru dilantik, Dr. Ahmad al-Tayib, menolak untuk mengunjungi Jerusalem pada ketika ini, dan meminta kepada semua umat Islam untuk tidak mengunjungi Jerusalem kecuali setelah pembebasan Jerusalem daripada penjajahan Israel.

Syaikh al-Tayyib berkata kepada media `al Masry al Youm'; "Saya tidak akan mengunjungi Jerusalem dan masjid al-Aqsha kecuali hanya setelah pendudukan Israel membebaskan wilayah itu sepenuhnya, dan saya menolak untuk mengunjungi Jerusalem saat ini, kerana ini sama sahaja pengakuan atas legitimasi pendudukan Israel terhadap Palestin."

Beliau menambah; "Saya juga menyeru kepada seluruh umat Islam di berbagai pelusuk bumi untuk tidak mengunjungi Jerusalem ketika ini."

Dalam persoalan berpartisipasi pada konferensi antarabangsa dimana Israel turut hadir, Tayib berkata; "Saya menolak untuk berpartisipasi dalam konferensi yang dihadiri oleh Israel, sementara saya masih bersedia untuk ikut menghadiri konferensi dialog dengan Yahudi kerana ada perbezaan besar antara Israel dan yahudi. Ini kerana banyak Yahudi yang ingin bicara dengan saya untuk mencapai kerjasama antara agama."

Mengenai kemungkinan berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres, seperti halnya yang dilakukan oleh almarhum Imam besar Syaikh Dr. Muhammad Sayid Tanthawi, al-Tayyib mengatakan; "Saya menghindari hal tersebut, kerana tidak masuk akal untuk berjabat tangan dengan Presiden yang menjajah tempat suci umat Islam dan melakukan serangan terhadap saudara Palestin kami."

Beliau menambah; "Adapun jabat tangan yang dilakukan almarhum Syaikh Tanthawi dengan Peres, Syaikh Tanthawi telah bersumpah kepada saya, bahawa beliau tidak tahu kalau Simon Peres turut hadir pada dialog agama di Amerika Syarikat."

Kemunculannya di TV Mesir, Syaikhul Azhar yang baru ini menekankan bahawa beliau akan berusaha untuk mengembangkan lembaga dan universiti al-Azhar dan menjaga serta melestarikan budaya moderatnya.

Berkaitan dengan penolakan Ikhwanul Muslimin Mesir terhadap dirinya menjadi Syaikhul Azhar yang baru, beliau berkata; "Saya tidak tahu alasan Ikhwan menolak saya, tapi saya fikir dalam fikiran mereka, mereka tidak setuju dengan al-Azhar."(fq/islamtoday)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP