Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 13, 2010

Umno sudah takut bila rakyat tolak GST

Tidak dinafikan GST telah dilaksanakan lebih 140 lebih negara terutama negara maju.

Bagaimanapun negara yang melaksanakan GST jurang pendapatan rakyatnya tidak begitu ketara berbanding Malaysia.

Orang miskin Malaysia terlalu ramai sekiranya mengambil kira hanya beberapa peratus yang membayar cukai pendapatan.

Satu perkara lagi apakah kerajaan mampu laksanakan GST dengan kenakan 4 peratus. Mungkin 4 peratus hanya sementara kerana selepas pilihan raya umum ke 13 nanti dia sudah tentu akan naik.

Sebab 4 peratus tidak menguntungkan. Mana ada negara berjaya laksanakan GST dengan kenakan cukai 4 peratus? Hanya pak pandir saja yang boleh terima masak-masak kelentong kerajaan.

Mungkin ramai yang tidak memahami pelaksanaan GST iaiitu cukai barangan.

Memang dinafikan rakyat tidak kena cukai tetapi cukai keatas barangan dan perkhidmatan tidak akan ditanggung syarikat. Ini semua orang tahu.

Maka syarikat akan memasukkan caj cukai tersebut dalam kos barangan mereka. Hasilnya rakyat akan menerima harga barangan yang semakin meningkat.

Kerajaan kata GST tidak dikenakan kepada beras tetapi apakah kos menghasilkan beras seperti baja, racun dan lain-lain tidak dikenakan GST.

Sebab itu kerajaan tidak boleh jamin harga beras tidak akan naik. Kah! kah! kah! hanya pak pandir je boleh kerajaan tipu.

Rakyat sekarang sudah sedar. Rakyat tahu kerana ada pakatan rakyat (PR) boleh menyedarkan mereka.

Walaupun rakyat dibelenggu sumber maklumat tetapi keinginan rakyat untuk mendapatkan maklumat berhubung GST cukup memeritkan Umno.

Berikut baca laporan berkaitan:

GST tidak dibentang untuk bacaan kedua di Parlimen
Mac 13, 10

Kerajaan nampaknya memerlukan lebih banyak masa apabila memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

"Ia (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi (Parlimen) Mac/April kerana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.

"Kami mahukan pendapat orang ramai mengenai GST," kata Husni selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas.

Mengenai bila ia akan dibentangkan, Husni berkata: "Ia akan bergantung kepada perbincangan dengan orang ramai mengenai bagaimana rakyat melihat pelaksanaan GST itu. Jadi, kita tidak menetapkan satu tempoh masa mengenai perkara itu."

GST yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan itu, bermatlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP