Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 24, 2010

SPR putuskan tiada kuasa adakan pilihan raya PBT

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara formal telah memaklumkan kerajaan negeri Selangor ia tidak boleh mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan yang kali terakhir diadakan lebih empat dekad lalu.

Pegawai-pegawai kerajaan negeri memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka menerima respons 11 muka surat daripada SPR berhubung permintaan mereka agar diadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Menurut EC, peruntukan atau aspek perundangan bagi pilihan raya kerajaan tempatan di bawah Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 telah dimansuhkan dan sama ada mereka ataupun negeri tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Terdahulu SPR memberitahu pihaknya sudah memaklumkan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang mahu mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Pendirian suruhanjaya telah dimaklumkan kepada kedua-dua kerajaan negeri petadi tadi.

“Kami sudah memaklumkan (kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor) menerusi faks petang ini, baru dimaklumkan,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 3.45 petang tadi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan butiran mengenai keputusan mereka yang dimuktamadkan semalam.

Katanya SPR akan mengadakan sidang media khas esok. Ia sepatutnya diumumkan hari ini.

Kedua-dua negeri itu baru-baru ini meminta agar SPR mengadakan perbincangan dengan mereka sebelum membuat keputusan terakhir.

Selasa lalu Abdul Aziz berkata, kajian teliti perlu dilakukan dari segi Perlembagaan dan undang-undang berkaitan sebelum menjawab dua surat yang diterima daripada kedua-dua kerajaan negeri tersebut.

Katanya langkah itu bagi memastikan jawapan yang akan diberikan kepada mereka tepat dan betul dan mereka benar-benar faham mengenai kedudukan perkara itu pada masa ini.

“Kita akan hantar surat jawapan kepada kerajaan negeri itu terlebih dahulu sebelum mengumumkan pendirian SPR selewat-selewatnya minggu depan,” kata Abdul Aziz.

Abdul Aziz juga berkata sebagai badan bebas dan profesional, SPR tidak terikat dengan sesiapa sama ada pendapat Perdana Menteri, pihak pembangkang atau sesiapa sahaja dalam memutuskan perkara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menulis surat kepada Pengerusi SPR pada 8 Mac lalu dengan memberi kuasa kepada mereka untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Isnin lalu kerajaan Selangor meminta SPR mengkaji peraturan dan memberi pandangan mengenai tindakan mengadakan pilihan raya PBT di negeri itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata pilihan raya PBT yang sudah dimansuhkan sejak sekian lama itu tidak perlu diwujudkan semula.

Katanya proses pemilihan ahli majlis PBT tidak semestinya menjamin mutu perkhidmatan PBT yang lebih berkesan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP