Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 6, 2010

RM50 baru: Siapa boleh dipercayai BNM atau pengguna

Pengguna melaporkan wang kertas baru RM50 tidak berkualiti. Mudah lusuh dan pudar sebaliknya Bank Negara Malaysia (BNM) tetap dengan pendirian dan memberi jaminan hanya kertas tahan lama digunakan mencetak wang tersebut.

Kalau pengguna biasa BNM terkena seolah tiada tindakan susulan. Sekarang kita lihat tukang lapor berita pengguna biasa, pun ikut terkena dapat wang baru RM50 tetapi lusuh apabila mengeluarkan daripada mesin ATM.

Berikut laporan berkaitan:

Wartawan Dapat Wang Kertas RM50 Lusuh Daripada Atm

PETALING JAYA, 6 Mac (Bernama) -- Kejadian orang ramai mendapat wang kertas RM50 lusuh terus berlaku dan kes terbaru melibatkan seorang wartawan Bernama.

Sakina Mohamed berkata dia mendapat dua keping wang kertas baru RM50 yang sudah lusuh apabila mengeluarkan wang daripada sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di sini dua hari lepas.

Kata wartawan berkenaan, dia mengeluarkan RM400 daripada ATM berkenaan dan terkejut apabila menerima dua helai wang kertas yang terlalu lusuh hingga sukar dibaca nombor sirinya.

"Apabila saya cuba menggunakan wang kertas berkenaan bagi menjelaskan bayaran membaiki kereta saya di sebuah bengkel, juruwang wanita di situ enggan menerimanya walaupun dia mengaku wang itu masih laku kerana benang keselamatan serta portret tera airnya masih boleh kelihatan," katanya.

Juruwang berkenaan juga berkata banyak pelanggan bengkel itu mengalami perkara serupa berkaitan wang kertas baru RM50 yang sudah lusuh.

Sakina berkata dia telah memaklumkan perkara itu kepada bank berkenaan dan Bank Negara, yang bersetuju membuat penyiasatan mengenainya.

Sebelum ini, Bank Negara mengeluarkan kenyataan akhbar yang memberi jaminan kepada orang ramai bahawa hanya kertas tahan lama digunakan bagi mencetak wang kertas RM50, selepas akhbar melaporkan sungutan orang ramai mengenai perkara itu.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP