Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 24, 2010

Rasmi London tuduh Mossad bunuh Mabhuh dan klon pasport

London - Infopalestin: Akhbar Inggeris "The Telegraph" menyebut bahawa Jabatan Luar Negeri Inggeris akan mengarahkan tuduhan recana rasmi tentang Mossad atas pembunuhan Mahmud Mabhuh, pemimpin Briged al Qassam, sayap ketenteraan Gerakan Perjuangan Islam Hamas, pada 20 Januari lalu.

Akhbar Inggeris itu melaporkan dalam edisi Selasa (23/ Mac) bahawa Kementerian Luar Negeri Inggeris telah memanggil Duta Besar Israel di London, Ron Brauser pada hari Sabtu dan memaklumkan keputusan penyiasatan dalam peristiwa pembunuhan Mabhuh di sebuah hotel di Dubai.

The Telegraph menegaskan sebuah pernyataan Inggeris menuduh agensi keselamatan Zionis mengklon lebih daripada 15 pasport Inggeris yang ditemui oleh para pegawai keselamatan di sebuah lapangan terbang.

Ada spekulasi beredar Jumaat malam kemungkinan diplomat senior Zionis di Inggeris akan dideportasi sebagai langkah protes dan kemarahan dari kerajaan Inggeris selepas penggunaan pasport Inggeris yang dipalsukan dalam aksi pembunuhan Mabhuh.

Akhbar Telegraph mengutip daripada sumber di Kementerian Luar Negeri Inggeris yang mengatakan; "Ada harapan mungkin akan mengecewakan mengenai dikeluarkannya sanksi dalam bentuk apapun terhadap entiti Zionis."

Sebagaimana diberitahu oleh polis Dubai, jumlah ahli pasukan yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmoud Mabhuh, telah memalsukan pasport Eropah, termasuk orang Inggeris yang tinggal di entiti Zionis. (asw)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP