Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 29, 2010

Tee Keat dan Ka Ting terbuka tetapi siapa boleh terima skandal seks jadi Presiden

Kalau dibiar boleh punah MCA. Kesilapan perwakilan kerana terlalu ghairah mahu tukar pemimpin mereka kepada yang baru setelah mereka tidak puas hati dengan pemimpin lalu.

Sebaliknya keghairah tukar pemimpin akhirnya bawa padah kepada nama baik parti MCA. Sebelum ini MCA dilihat lebih baik daripada Umno dan MIC tetapi akhirnya ia tersenarai dalam klas yang sama macam Umno. Pemimpin yang banyak skandal.

Apa kata MCA selepas ini: Sankara: AG mendakwa secara tak 'jujur & telus'Mac 29, 10

Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini didakwa sebagai 'tidak jujur' dan tidak telus dalam tugasnya mendakwa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas seorang bekas menteri kesihatan yang telah mengaku terbabit dalam seks oral.

Sankara tidak menamakan pemimpin BN itu tetapi menamakan beliau sebagai pemimpin yang baru memenangi jawatan presiden partinya itu.


DVD membabitkan bekas menteri kesihatan itu tersebar sejak dua tahun lalu. Ia menunjukkan beliau mengadakan perhubungan seks di luar tabie dengan seorang wanita. Dia juga telah mengakui bahawa dia adalah watak utama dalam video itu.

“Malah, seks oral sama ada dengan atau tanpa kerelaaan tidak ada bezanya dengan seks melalui dubur dan ia dengan jelas boleh didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang mana Anwar kini didakwa.”

Sankara ju
ga berkata beberapa laporan juga telah dibuat ke atas pemimpin itu tetapi peguam negara memilih untuk tidak bertindak.

“Ini adalah diskriminasi dalam bentuk yang paling tinggi dan bukti jelas bahawa AG adalah berat sebelah. Justeru, saya menggesa AG agar menggugurkan dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar.”

Sankara juga menambah:“AG dikehendaki oleh undang-undang menurut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua orang adalah setaraf di bawah undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.

Sebelum itu: Tee Keat, Ka Ting Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Ong Tee Keat, yang gagal mempertahankan jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti hari ini, berkata beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan akan tetap menjalankan tugasnya sebagai anggota Parlimen Pandan.

"Yang kalah tu memang kita akan buat post mortem dan sebagainya. Pada ketika ini tak perlu kita buat sebarang kesimpulan tetapi yang menang atau kalah itu tetap kita perlu menerima keputusan.

"Bagi saya, saya masih lagi anggota Parlimen Pandan dan saya akan terus menjalankan tugas saya. Itu komitmen saya kepada rakyat yang mengundi saya dan komitmen itu takkan berubah berikutan keputusan ini," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan parti MCA di sini.

Dalam pemilihan itu, bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat kejutan setelah menang dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu Tan Sri Ong Ka Ting dan Tee Keat.

Dr Chua memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting yang meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.

Mengenai jawatan Menteri Pengangkutan yang dipegangnya kini, Tee Keat berkata perkara itu merupakan hak mutlak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan terserah kepada beliau untuk membuat keputusan.

Tee Keat berkata semua pihak harus komited terhadap transformasi parti selepas ini, bagi memastikan MCA akan terus relevan.

"Saya harap mulai sekarang yang penting sekali parti kena bergerak maju ke depan di bawah pucuk pimpinan baru. Tak kisah siapa yang menerajui parti ini, transformasi tetap perlu menjadi agenda parti," katanya.

Ditanya sama ada keputusan berkenaan akan menyelesaikan kemelut dalaman MCA, beliau berkata: Saya tiada jawapan (mengenai perkara itu) dan saya pun bukanlah Pak Nujum."

"Apa yang penting bergantung kepada semua pihak sama ada kemelut itu dapat diatasi atau tidak dan bukannya kita masing-masing boleh buat statement, ia bergantung kepada komitmen semua pihak," katanya.

Sementara itu, Ka Ting yang turut menerima kekalahannya dengan hati terbuka, berharap kepimpinan baru akan dapat menyatukan keseluruhan anggota parti berkenaan.

"Saya menerimanya dengan hati terbuka kerana ini adalah demokrasi... ada yang menang dan ada yang kalah.

"Saya harap yang menang akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk parti dan rakyat. Terpulanglah kepada kepimpinan baru dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menyatupadukan parti," katanya.

1 comments:

Unknown January 17, 2014 at 4:47 PM  

Bonito blog, gracias por compartir, me gusta. adult football pants

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP