Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 27, 2010

Peluk politik Zulkifli Noordin bersama Anwar

Kalau saya ada kamera pasti anda dapat bukti dan gambaran yang jelas masa Zulkifli Noordin bersalam dan kemudian menarik Anwar Ibrahim secara lembut lalu dipeluk untuk laga pipi kanan dan kiri semacam orang Arab buat tetapi pipi Zul tidak berlaga pun dengan Anwar pasal dia rendah.

Oleh kerana tidak ada gambar maka pembaca boleh dengar cerita mulut je la. Reaksi Anwar macam biasa sahaja, senyum dan tidaklah seghairah Zul yang mahu peluk Anwar.

Semalam dalam pukul 11 pagi sebelum solat Jumaat ramai jemaah yang menunggu untuk solat jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad, di Masjid Kuning, Batu 9, Hulu Langat, sempat melihat kejadian spontan itu.

Zul sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu hadir di majid tersebut. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar turut kelihatan di situ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Solat jenazah diimamkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Selepas solat jenazah, saya sempat berbual dengan sahabat, Yusof dan beberapa orang kawannya. Topik Zul peluk Anwar jadi bualan utama. Saya berkata: "Biasalah orang politik... dia boleh berperang mulut tetapi lepas itu dia boleh berpeluk."

Sikap hipokrit mesti ada pada orang politik tetapi sikap ini terlindung kononnya ia dipanggil berprofesional. Orang politik mesti ada sifat bunga plastik dan pandai berlakon. Jika sebaliknya tidak akan ada sendiwara.

Kawan kepada sahabat saya Yusof siap berseranah dan maki terhadap Zul. Katanya: "Saya ikuti ceramah dan kuliah dia di surau. Tiba-tiba dia buat macam ni. Kenapa kita tidak geram (marah kepada perangai Zul dan tindakan Zul peluk Anwar)?"

Saya berkata kepada kawan Yusof itu: "Encik tidak boleh jadi orang politik. Encik hanya boleh jadi orang perang kerana hanya orang perang tidak boleh terima hakikat Zul peluk Anwar. Bagi orang politik dia dah jadi biasa. Boleh gaduh berperang mulut tetapi lepas itu dia boleh peluk."

Sahabat saya Yusof senyum lepas itu kami berpisah kerana saya mahu ikuti jenazah ke kubur.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP