Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 15, 2010

Orang politik akan kata lawan Chong Wei dizalimi

Walau apa pun tahniah buat Datuk Lee Chong Wei mengecap kejayaan amat bermakna kepada beliau sempena edisi ke 100 kejohanan tersebut.

Bagaimanapun kejayaan Chong Wei itu cukup terguris dan remuk redam bagi pemain remaja dan bukan pilihan dari Jepun, Kenichi Tago.

Apa tidaknya bulu tangkis pada mata akhir yang di `smash' Chong Wei jelas menunjukkan ia keluar gelanggang apabila ulang tayang disiarkan beberapa kali. Ini membuatkan banyak persoalan timbul.

Apakah Kenichi dikalahkan oleh penjaga garisan? Apakah keputusan tersebut boleh berubah sekiranya penjaga garisan tidak silap?

Sekiranya penjaga garisan berpendapat bulu tangkis itu masuk kedudukan mata seri iaitu 20-20. Ini sudah tentu berlarutan lagi beberapa mata maka perlawanan dijangka lebih adil daripada penjaga garisan yang mengalahkan pemain Jepun itu.

Atau apakah pihak penganjur mahu mempercepatkan kejohanan malam itu? Ini berikutan dua perlawan awal asyik berlangsung tiga set menyebabkan banyak masa digunakan.

Namun apa perbahasan sekali pun keputusan pengadil muktamad. Kalau ada perbahasan ia tidak akan berkesudahan.

Namun, kalau ikut orang politik Kenichi menjadi pihak dizalimi. Maka ia keputusan yang tidak berpenghujung. Atau apakah pihak penganjur sedia mengadakan perlawanan semula bagi menjawab semua persoalan timbul?

Berikut laporan kemenangan Chong Wei:

Benam pemain Jepun final Seluruh England

KEBANGKITAN pemain remaja Jepun, Kenichi Tago akhirnya disekat pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei 21-19, 21-19 pada final kejohanan badminton Seluruh England, awal pagi tadi – sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu.
Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966).

Tago bagaimanapun terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit.

Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP