Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 25, 2010

Yahudi AS pun lancar "Freedom Flotilla"

Komuniti Yahudi di New York, Amerika Syarikat melancarkan misi setanding "Freedom Flotilla" pada Khamis (24 Jun) tetapi bukan untuk membebaskan kepungan Israel keatas Gaza.

Sebaliknya ia untuk memberi sokongan pada Gilad Shalit, askar Israel yang sejak tahun 2006 menjadi tawanan pejuang Hamas di Gaza.

Misi tandingan itu mereka namakan "True Freedom Flotilla". Diantara komuniti Yahudi yang ikut serta dalam kegiatan itu adalah Duta Besar Israel untuk PBB Gabriela Shalev dan Konsul Jeneral Israel di New York, Asaf Shariv.

Kegiatan untuk memperingati empat tahun penawanan Gilad Shalit itu, akan berlangsung sekitar dua jam melibatkan sekitar tujuh kapal, termasuk sebuah kapal besar The Queen Hearts yang mampu menampung 600 penumpang.

Selebihnya adalah kapal kecil dan kapal layar milik peribadi. Mereka akan mula menyusuri East River pada pukul 12.00 siang waktu New York menuju lokasi Patung Liberty, mengelilinginya sebentar, kemudian melanjutkan pelayaran menuju gedung PBB di New York.

"True Freedom Flotilla" versi Yahudi AS itu diuruskan oleh Persidangan Presiden Pertubuhan Yahudi Amerika, sebuah wadah bagi organisasi Yahudi di AS.

Pada kesempatan itu, Duta Israel untuk PBB Gabriela Shalev menuding tindakan Hamas menculik dan menawan Gilad Shalit, haram dan tidak bermoral.

"Selama empat tahun Hamas mengabaikan hak asas Gilad Shalit, termasuk lawatan oleh pertubuhan antarabangsa. Tindakan itu haram dan tidak bermoral," tuduhnya.

Sementara itu, Jurucakap dan konsuler bidang media di Konsulat Jeneral Israel di New York, Joel Lion mengumpul pakej bantuan mengandungi makanan dan pakaian yang akan diserahkan kepada wakil Palang Merah Antarabangsa, untuk disampaikan pada Gilad Shalit saluran pertubuhan antarabangsa lain. (Ln / hrz)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP