Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 1, 2010

Israel tidak lut kutukan malah ancam serang kapal Rachel Corrie

Rachel Corrie diambil sempena nama seorang aktivis perempuan Amerika Syarikat, Rachel Corrie yang mati akibat dilibas buldoser Zionis Israel.

Dalam kapal ini juga terdapat wartawan TV3 dan beberapa aktivis Malaysia.

Tentera Zionis Israel mengancam akan menyerang kapal Ireland, yang diberi nama seorang aktivis perempuan Amerika Rachel Corrie dan menggunakan kekuatan untuk menyerangnya apabila terus meneruskan perjalanan menuju pantai Semenanjung Gaza.

Kapal "Rachel Corrie" ini meneruskan pejalanan lautnya menuju Jalur Gaza setelah terlambat tiba bersama enam kapal lain yang berangkat lebih dahulu dan disergap tentera Zionis Israel.

Radio Israel hari ini, Selasa (1 Jun), menukil daripada sumber tentera bertanggungjawab berkata, "Pasukan Israel akan menggunakan kuasa tentera terhadap kapal tersebut apabila diperlukan untuk itu. Dipastikan tentera akan menguasai kapal tersebut untuk mencegahnya sampai ke Semenanjung Gaza."

Pada hari Isnin pagi, pasukan Comandos Zionis menyerang kafilah kapal armada kebebasan antarabangsa dan menguasainya. Mereka menangkap para aktivis perpaduan antarabangsa yang ada di atas kapal kemanusiaan tersebut.

Armada kebebasan ini melancarkan enam kapal. Sebuah kapal barang dibiayai Kuwait yang mengibarkan bendera Turki dan Kuwait.

Sebuah kapal barang yang dibiayai Algeria dan sebuah kapal barang yang dibiayai Eropah dari Sweden dan Greek.

Dua kapal pengangkut penumpang, salah satunya "kapal 8000" yang menempatkan beberapa tahanan Palestin yang mendekam di dalam penjara Zionis Israel, serta sebuah kapal penumpang besar dari Turki.

Armada kemanusiaan ini membawa 750 aktivis perpaduan dari lebih 40 negara, walaupun banyak permintaan dari pelbagai pihak untuk boleh berpartisipasi dalam misi kemanusiaan ini.

Turut serta dalam armada ini 44 pegawai kerajaan, ahli parlimen dan aktivis politik Eropah dan Arab, termasuk sepuluh ahli parlimen Algeria.

Armada ini membawa lebih dari 10 ribu tan bantuan perubatan, bahan bangunan dan kayu, 100 rumah pasang siap untuk membantu puluhan ribu warga yang kehilangan rumah mereka dalam perang Israel di Gaza pada awal 2009, serta membawa 500 kenderaan kuasa untuk kenderaan orang cacat, terutama sejak pencerobohan Israel terakhir telah menyebabkan 600 orang cacat di Gaza. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP