Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 4, 2010

IHH: Israel tembak kepala wartawan kemanusiaan dari jarak dekat

Organisasi kemanusiaan Turki penyelenggara armada Kebebasan yang diserang oleh angkatan laut Israel menuduh pasukan komando Israel menembak mati para aktivis pada jarak dekat.

Bülent Yildirm, yang mengetuai Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH), kepada wartawan di lapangan terbang Istanbul menyatakan bagaimana seorang wartawan yang bernama Cevdet dibunuh oleh tentera Israel tanpa alasan.

"Dia hanya mengambil gambar. Dia ditembak dari jarak yang tidak lebih dari satu meter dan otaknya meledak ... salah satu teman kami ditembak walaupun setelah dia menyerah," dilapor AFP dari kenyataan Yildrim.

Beliau menuduh tentera laut Israel membunuh siapa pun yang mengikut relawan itu dan bahkan mecampakkan beberapa aktivis ke laut.

"Kami diberi tubuh sembilan syuhada, tapi kami mempunyai senarai panjang orang yang hilang .. Doktor kami berserah lebih dari 38 cedera, pada ketika kami kembali, mereka (Israel) berkata hanya ada 21 orang yang cedara."

Dewan HAM PBB mengadopsi resolusi Lembaga pada hari Rabu lalu, mengatakan akan menyiapkan penyiasatan antarabangsa bebas atas tindakan keterlaluan serangan Israel terhadap konvoi enam kapal bantuan.

Rejim Tel Aviv, yang disokong tentera menggunakan kuasa mematikan sebagai tindakan "bela diri," menolak keputusan Majlis Keselamatan PBB dengan mengatakan dewan tidak memiliki "kuasa moral."

Para pegawai Israel berkata sembilan orang tewas dalam serangan ganas hari Isnin lalu, tetapi laporan dari sumber Palestin menyebutkan sekitar 20 orang terbunuh. (Fq / prtv)

Sementara itu seorang wartawan Press TV yang ikut dalam rombongan armada kebebasan yang menuju Gaza, dan sempat ditahan oleh tentera Israel menggambarkan adanya penindasan terhadap aktivis kemanusiaan selama di dalam tahanan Israel.

Dalam keadaan yang masih kurang tidur, Hassan Ghani menjelaskan bagaimana kapal bendera Turki Mavi Marmara dikelilingi oleh pasukan tentera laut Israel dan akhirnya diserangan.

"Kami sekitar 90 kilometer dari pantai Israel dan kami tidak berada di dalam wilayah pengecualian seperti apa yang disebut tentera, yang semula 20 batu tapi kemudian diperpanjang menjadi 68 batu," kata Ghani kepada Press TV pada hari Khamis (3 Jun).

Beliau menggambarkan bagaimana relawan dalam kapal hanya menggunakan hos paip air untuk mempertahankan diri daripada para penyerbu dari pasukan khusus angkatan laut Israel, di mana tentera Israel dari helikopter mendarat di atas kapal, sementara beberapa kapal frigat mendekati kapal dari kedua-dua sisi kapal Mavi Marmara.

Komando bersenjata dengan sekurang-kurangnya masing-masing membawa dua senjata akhirnya mendarat di kapal.

"Mereka datang dan kami mendengar suara tembakan .. pada tahap ini kami tidak mengetahui apakah mereka menggunakan peluru getah atau peluru tajam tapi kami mendengar suara tembakan," katanya, beliau menambah para aktivis menggunakan apa pun yang praktikal untuk melawan dan sebahagian besar menggunakan tangan kosong mereka untuk membela diri.

Para askar Israel cuba menembak dengan senjata mesin ketika mereka menghadapi tentangan dari para aktivis yang menahan mereka dari mendapatkan kamera yang menyiarkan adegan tersebut secara live dari dek utama.

Para relawan mampu melucuti beberapa tentera dan mengambil senjata mereka dan beberapa saat kemudian peluru tajam digunakan dan korban jiwa mula rebah, katanya.

"Seorang lelaki ditembak tepat di kepalanya," kata Ghani, ia menekankan bahawa pembunuhan itu menunjukkan tentera punya cukup waktu untuk mencegah penembakan itu dan tembakan tersebut bukan penembakan kerana takut akan mengancam jiwa mereka.

Dia mengatakan tembakan peluru perluru tetap berlangsung walaupun para aktivis telah mengangkat bendera putih. (Fq / prtv)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP