Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 30, 2010

Tiga relawan Kispa diracun arsenik

Jakarta: Tiga relawan Kispa dinyatakan positif mengalami keracunan arsenik selepas ditahan oleh tentera Israel. Kelebihan kadar arsenik ini boleh membawa kesan kepada kematian. Jika belum parah akan menyebabkan keguguran rambut dan masalah kuku.

Demikian disampaikan Ustaz Ferry Nur, salah satu relawan Kispa yang disyaki dokter mengalami keracunan (toksit) akibat kelebihan kadar arsenik dalam darah.

"Dari data pemeriksaan kadar arsenik saya 0, 5071 padahal paras normal antara 0,1 sampai 0,25 miligram per liter," ujar Ferry ketika berbincang dengan okezone, Rabu (23 Jun).

Menurut Ferry, ketika menjalani rawatan di Hospital Pusat Angkatan Darat (RSPAD) beberapa hari lalu, dia mendapat penjelasan tentang kesan daripada berebihan kadar arsenik itu.

"Kalau dos qualiti boleh membawa kesan kematian. Kalau ringan gejalanya di rambut dan kuku gugur, " jelasnya.

Tentang langkah perubatan yang dilakukan untuk menghalang dan menurunkan kadar arsenik tersebut, Ferry mengaku sudah melakukannya dengan perubatan alternatif.

"Saya mengikuti cara Rasulullah. Saya sudah ke ahli (perubatan) bekam. Minum susu kambing, Habbatusauda dan madu. Hari Jumaat, saya juga bersama relawan yang baru datang akan check up lagi ke RSPAD, " ujarnya. (Ded / okezone / fn)

Rendam arsenik


PUTRAJAYA: Sajian timun dan lobak merah segar yang diberikan tentera Israel kepada tahanan terdiri anak kapal MV Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza pada 31 Mei lalu, disyaki direndam dalam bahan kimia beracun arsenik bertujuan membunuh semua sukarelawan terbabit secara perlahan-lahan.
Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin ketika mendedahkan perkara itu berkata, selepas mengetahui darah tiga sukarelawan Indonesia yang turut ditawan rejim Zionis itu disahkan mengandungi arsenik yang tinggi, pihaknya mengesyaki ia berpunca makanan diberikan ketika dalam tahanan.

“Kami hanya diberi makan timun dan lobak merah segar selepas dibiar berlapar selama 20 jam dan ketika makanan itu diberikan, ia masih berair seperti baru dibasuh.

“Namun, disebabkan terlalu lapar semua aktivis memakan timun dan lobak yang disediakan tanpa berfikir panjang kerana hanya itu saja sumber makanan yang ada pada ketika itu.

“Oleh itu, apabila menyedari ada rakan yang mempunyai kandungan arsenik tinggi dalam tubuh, kami syak ia berpunca makanan direndam arsenik terlebih dulu sebelum diberikan kepada kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, malam tadi.

Noorazman berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada rakan seperjuangannya di Indonesia, empat daripada 11 sukarelawan yang menyertai misi terbabit sudah membuat pemeriksaan dan hasilnya, tiga daripada mereka disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam tubuh.

Katanya, dia turut mendapat maklumat beberapa rakan sukarelawan dari Turki juga mengandungi kadar arsenik yang tinggi dalam darah.

Beliau berkata, keracunan arsenik boleh membunuh secara ‘diam’ kerana ia tidak keluar daripada darah, malah ia boleh menyebabkan organ dalaman seperti hati dan buah pinggang rosak.

Bagaimanapun, katanya, enam aktivis dari Malaysia yang sudah melakukan pemeriksaan perubatan disahkan bebas daripada keracunan arsenik, manakala enam lagi akan melakukan pemeriksaan sama dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, keenam-enam individu berkenaan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan keputusannya negatif.

“Tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mengandungi kadar arsenik yang tinggi dalam tubuh, tetapi (aktivis) dari Malaysia setakat ini tidak mengalami sebarang aspek berbahaya pemeriksaan doktor dilakukan terhadap mereka.

“Jurukamera dan wartawan Astro Awani juga sudah menjalani pemeriksaan, tetapi setakat ini keputusan negatif dan tiada keganjilan yang dikesan,” katanya.

Noorazman berkata, doktor pakar turut mengesahkan arsenik boleh mendatangkan bahaya jika seseorang itu terdedah beberapa kali, tetapi ia tidak berbahaya jika hanya terdedah sekali saja.

“Oleh itu, selepas ini kita akan melakukan pemeriksaan terperinci terhadap semua sukarelawan yang menyertai misi berkenaan... saya sendiri pun tak buat pemeriksaan lagi,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP