Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 30, 2010

Dick Cheney salah satu dalang peristiwa WTC 9/11?

Fakta baru kembali terdedah berkaitan peristiwa kemusnahan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Komuniti carian fakta kes WTC 9/11 dalam sebuah kenyataan mereka yang diterbitkan di Madrid Sepanyol, mendedahkan beberapa fakta tentang pelaku dan pelakon sebenar daripada serangan spektakuler keganasan 9 / 11, malah mengecam dan mengkritik prestasi jawatankuasa carian fakta yang berkaitan dalam kes itu.

Dalam soalan mereka tersebut, dinyatakan bahawa Timbalan Presiden AS pada ketika itu, Dick Cheney adalah salah satu dalang dalam serangan tersebut.

Komuniti itu dalam statemennya lebih lanjut mempersoalkan prestasi Jawatankuasa Pencari Fakta Serangan 11 September sambil mendesak jawatankuasa tersebut untuk menjawab serangkaian pertanyaan keluarga para korban yang sampai ketika ini masih belum terjawab.

"Setelah berjalan selama 442 hari, Jawatankuasa ini belum boleh memberikan jawapan yang memuaskan atas 70 peratus soalan daripada keluarga para korban serangan keganasan 11 September," ujar statemen tersebut.

Teori yang dipaparkan oleh kerajaan AS berkaitan peristiwa serangan keganasan 11 September 2001 hingga ketika ini telah ditolak oleh lebih daripada 120 pegawai tinggi ketenteraan, intel, polis dan pegawai kerajaan di AS sendiri.

Malah ia juga dipertikai oleh lebih daripada 500 arkitek, lebih daripada 100 juruterbang dan pakar Aeroangkasa serta lebih daripada 200 pensyarah di AS.

Peristiwa tragis penyerangan bangunan WTC pada 11 September 2001 lalu telah menimbulkan pro-kontra dikalangan umat Islam sendiri, sebahagian besar mengecam dan menolak aksi tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada Jihad.

Ini kerana peristiwa itu lebih merupakan "by design" Yahudi atau ada konspirasi yang menyelimutinya, tetapi tidak sedikit kalangan pro Jihad menganggap peristiwa itu sebagai kejayaan para 'mujahidin' melaksanakan misi sucinya menyerang jantung Amerika dan simbol kesombongan Amerika. (fq / IRIB)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP