Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 21, 2010

Walaupun dilarang pesta makan babi tetap berlangsung

Ratusan orang telah menghadiri pesta sausage daging babi dan wine (arak) di sebuah jalan di Paris setelah acara ini diharamkan di lokasi yang ditetapkan.

Sebelum itu penganjur pesta tersebut telah merancang mengadakan acara itu dalam persekitaran yang penduduknya muslim di pusat bandar Perancis.

Pesta makan dan minum barang haram itu, sebelum ini dianggap oleh kerajaan tempatan boleh menyinggung umat Islam dan berpotensi menimbulkan konflik.

Pihak polis telah memutuskan untuk membatalkan dan melarang acara tersebut awal minggu ini.

Namun larangan itu tidak diendahkan. Sekitar 300 ke 400 orang telah keluar dan menerima seruan ajakan penganjur untuk makan babi dan wine tersebut pada hari Jumaat lalu. Beberapa peserta juga membawa bendera Perancis.

Acara diselenggerakan itu tidak ditempat yang dirancang pada asalnya, namun dilaksanakan di jalan Champs-Elysées dekta Arc de Triomphe.

Pihak polis turut kelihatan bersuka ria dalam acara pesta makan babi dan minum arak yang diadakan itu.

Walaupun begitu, pesta tersebut berlangsung tanpa berlaku insiden yang tidak dikehendaki. (Fq / aby)

Berita sebelum ini:

Kumpulan anti Islam Paris rancang pesta babi, wine dekat masjid

Apakah anda terdengar orang Islam mengadakan pesta makan daging lembu depan kuil bertujuan membawa maksud penghinaan kepada agama Hindu?

Atau, apakah anda turut terdengar orang Islam mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai depan pederi Kristian? Tentu sekali anda menjawab sebagaimana saya jawab; "Tidak pernah."

Ini kerana Islam tidak mengajar umatnya berakhlak buruk dengan bukan Islam. Kalau ditakdirkan ada orang seumpama itu maka ia adalah pihak yang melampau batas.

Polis Paris pada hari Selasa semalam (15 Jun) melarang perancangan kontroversi mengadakan pesta jalanan yang menyajikan "Sausage babi dan Wine" oleh kumpulan pelampau untuk memerangi apa yang mereka lihat sebagai islamisasi terhadap persekitaran bandar.

Pesta kontroversi itu direncana akan berlangsung pada hari Jumaat malam ketika jalanraya pada kebiasaannya penuh sesak dengan umat Islam yang baru keluar dari masjid dan tepat sebelum Algeria akan berlawan dalam piala dunia menentang England.

Namun, polis melarang acara tersebut dan setiap pesta saingan Goutte d'Or di wilayah utara Paris dengan mengatakan dalam kenyataan bahawa pesta itu kemungkinan akan menimbulkan risiko serius terhadap ketertiban umum.

Rancangan tersebut telah mencetuskan kemarahan daripada para ahli politik dan kumpulan anti-perkauman yang mengatakan bahawa kumpulan ekstrim Paris itu terang-terangan merupakan tindakan rasis dan boleh mengundang kepada demontrasi jalanan.

Kontroversi ini muncul setelah perdebatan yang ditaja kerajaan berkaitan persoalan identiti kebangsaan awal tahun ini yang menimbulkan kecemasan akan integrasi sosial sekitar 5 ke 6 juta muslim di Perancis.

Pesta Goutte d'Or atau "apero Geant" sebagaimana yang disebut dalam bahasa Perancis, adalah sebuah pesta baru dan mengambil sebuah trend yang berkembang di Perancis bagi pesta minum dan makan secara terbuka yang pada awalnya pelancaran kempen dalam halaman jaringan sosial Facebook.

Banyak daripada kegiatan itu telah dilarang kerana kerajaan takut akan berlaku kemabukan secara awam.

Idea asal pesta Goutte d'Or ternyata berasal daripada seorang wanita tempatan yang membuat sebuah kumpulan di Facebook dengan mengumumkan pesta untuk memerangi apa yang beliau lihat sebagai islamisasi yang semakin meningkat di wilayah Paris.

Wanita, yang menggunakan nama pena Sylvie Francois di Facebook, berkata kepada akhbar Liberation bahawa ia tidak lagi merasa di rumah di persekitaran tempat ia tinggal seumur hidupnya.

"Orang-orang berasal Perancis tidak boleh minum dalam ketenangan di sana. Jika anda seorang wanita, anda kelihatan seperti dimusuhi jika anda tidak memakai tudung," katanya.

Idea pesta itu telah menarik hampir 7,000 ahli, menyeru orang untuk bersuka ria dengan membawa sebotol wine (anggur) dan sausage yang dihiris merupakan tradisi asal daripada minuman tradisional sebelum makan malam di Perancis.

Namun rencana itu kemudian diambil oleh kumpulan pelampau sayap kanan dan kiri yang kemudian diterbitkan di laman internet yang lain.

Salah satu kumpulan ini, Riposte Laique (Sekuler Response), yang juga hadir sebagai kumpulan anti-agama sayap kiri, mengatakan pesta jalanan itu bertujuan untuk memeriahkan jawapan terhadap serangan "fasis-Islamiah di Perancis."

Pengasas kumpulan Pierre Cassen mengatakan kepada televisyen i-Tele bahawa "militia agama telah menduduki ruangan awam" di banyak jalan di daerah Goutte d'Or.

Daerah itu sekarang dikatakan didominasi oleh orang dari Afrika utara dan sub-Sahara, dan masjid penuh pada hari Jumaat, menunjukkan ramainya para jemaah sehingga jamaah solat sampai di luar masjid dan jalanan.

Pesta jalanan kontroversi itu dijadual akan diadakan di Rue Myrha, dimana di sana terdapat sebuah masjid.

Seorang menteri kerajaan Perancis keturunan Algeria, Fadela Amara, pada hari Selasa lalu mengutuk pihak yang merancang pesta itu dan menyebutnya sebagai "kebencian, rasis dan Xenophobia."

Sebuah kumpulan saingan di Facebook telah membuat pesta "halal dan teh mint" sebagai tanggapan atas pesta jalanan daging babi dan wine. (Fq / aby)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP