Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 1, 2010

Raed Shalah: Berita kematianku dalam rangka usaha Israel menghabisiku

Ketua Gerakan Islam di wilayah Palestin 1948, Syaikh Raed Shalah mengatakan bahawa propaganda yang dilakukan media Israel tentang kematiannya tidak lain adalah dalam rangka usaha Israel untuk menghapusnya.

Syaikh Shalah mengatakan, Selasa (1 Jun); "Kerajaan Zionis melakukan kebodohan besar yang barang kali paling bodoh dalam sejarah keturunan kerajaan negara penjajah."

Selanjutnya beliau berkata; "Israel melakukan kejahatan pembunuhan beramai-ramai sehingga 20 orang daripada lebih 40 negara dan mencederakan lebih 50 orang serta menculik 700 orang lain berada yang berada di atas kapal armada kemanusiaan yang hendak menembusi kepungan Gaza yang masih berada di perairan antarabangsa."

Beliau menyatakan penyergapan kapal armada kebebasan tidak lain adalah perampasan.

Beliau menyatakan bahawa dirinya ikut serta dalam armada kebebasan ini berdasarkan jemputan dari Free Gaza Movement dan keikutsertaannya diluluskan dalam salah satu sidang Suruhanjaya Pemantau Tinggi. Beliau adalah sebahagian daripada tetamu Free Gaza Movement.

Syaikh Shalah menambah, beliau berada dalam keadaan baik; "Alhamdulillah. Kami berterima kasih kepada semua yang memberikan solidaritinya kepada kami dan kepada isu Palestin. Kami berterima kasih kepada Turki, kerajaan dan rakyatnya, atas apa yang mereka berikan demi bangsa Palestin."

Sebelum itu media Israel memberitakan bahawa Syaikh Raed Shalah terbunuh dalam serbuan kapal Mavi Marmara yang dilakukan pasukan penjajah Zionis Israel.

Berita itu membuatkan ketegangan serius dalam Palestin, beratus-ratus warga Palestin berkumpul di markas Gerakan Islam di Umul Fahm untuk memberikan perpaduan padanya. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP