Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 6, 2010

Wanita menumpang Freedom Flotilla tiba di Gaza

Seorang wanita warga Gaza penumpang kapal armada kebebasan yang dirampas Israel, Wafa Dahshan, berjaya tiba di Sempadan Gaza, pada Sabtu (5 Jun) petang, melalui pintu sempadan Rafah di selatan Semenanjung Gaza dengan Mesir.

Sebelum ini beliau dan suaminya ditangkap penjajah Zionis Israel bersama para aktivis kemanusiaan antarabangsa lain dalam kapal Mavi Marmara. Beliau kemudiannya dihalau ke Turki dan suaminya ke Gaza.

Jurucakap Pertubuhan Tahanan WAID, Abdullah Qindil mengatakan dalam kenyataan akhbar; "Seorang wanita yang selamat daripada serangan ke atas kapal armada kebebasan, iaitu Wafa Dahshan, tiba di Semenanjung Gaza, selepas kapal yang ditumpanginya bersama aktivis kemanusiaan antarabangsa dirampas Zionis Israel.

Beliau ditangkap dan dideportasi ke Turki. Penjajah Zionis Israel menolak mendeportasinya ke Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Beit Hanun di utara Semenanjung Gaza.

Wafa adalah warga Gaza yang pergi ke luar negeri untuk berubat bersama suaminya.

Namun pihak berkuasa Mesir menolak keduanya kembali ke Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Rafah, kerana ditutup terus menerus.

Maka keduanya memutuskan untuk ikut bersama armada kebebasan.

Namun penjajah Zionis menolak keduanya kembali ke Semenanjung Gaza bersama-sama melalui armada kebebasan dan menangkap keduanya.

Suaminya dihalau ke Semenanjung Gaza dan beliau dideportasi ke Turki.

Tidak diceritakan bagaimana akhirnya beliau kembali ke Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Rafah. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP