Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 3, 2010

Empat mangsa pembunuhan keganasan Israel dikenal pasti

Pusat infopalestin berjaya mendedahkan nama mereka yang menjadi mangsa pembunuhan oleh keganasan tentera Zionis di Armada Kebebasan, pada Isnin (31 Mei) lalu.

Empat korban pembunuhan Zionis di kapal Mavi Marmara semuanya berkwarga negara Turki. Mereka adalah, Ibramin Baelgin, Haidar Benaji, Ali Akbar Yardhilmish dan Muhammad Kapac.

Sementara itu, menurut berita perkembangan yang dilaporkan media Zionis ada sekitar 19 mangsa yang meninggal syahid dan 60 orang cedera.

Sementara itu laporan rasmi pihak tentera rejim pengganas Zionis berkata, ada sekitar 10 relawan yang menjadi korban serta 30 yang lainnya cedera.

Di pihak lain pula media Zionis menyatakan keraguannya kesembuhan lima orang yang tercedera parah kerana akibat tembakan tentera Zionis secara langsung kepada mereka.

Radio Israel menyebut, 32 mangsa cedera telah mendapatkan rawatan di hospital Zionis.

Majoriti meraka berasal dari Turki, sebahagiannya dari Indonesia, Inggeris, Australia dan satu warga Palestin.

Sumber menegaskan, ada lima mangsa cedera dalam keadaan kritikal. Sementara yang lainnya mengalami luka ringan. (Asy)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP