Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 2, 2010

Selepas tragedi flotilla, Mesir akhirnya buka sempadan dengan Gaza

Konvoi Freedom Flotilla diwujudkan melalui laluan laut daripada negara penganjur terus ke Semenanjung Gaza berikutan Viva Palestin pada Disember 2009 disekat beberapa hari di Pelabuhan El-Arish, Mesir.

Malah berlaku kekecohan sehingga peserta viva itu cedera akibat tindakan ganas pihak keselamatan Mesir. Walaupun kebenaran masuk Gaza dibuat selepas itu tetapi hanya barangan tertentu sahaja dibenarkan masuk.

Mungkin malu dan tekanan dunia Islam Mesir akhirnya membuka sempadannya dengan Gaza pada hari Selasa (1 Jun) semalam, dan membenarkan rakyat Palestin melintas. Namun hal ini dilakukan sampai tempoh pemberitahuan lebih lanjut kelak di tengah badai kecaman antarabangsa atas kepungan Israel.

Tidak hairan jika kemudiannya puluhan orang berduyun-duyun ke sempadan persimpangan di bandar Gaza selatan Rafah, walaupun gerbangnya tampak masih harus ditutup pada waktu tertentu.

Namun perlu diingat, ini adalah pintu yang hanya pada sempadan Gaza, dan tidak sepenuhnya dikawal oleh Israel. Kaherah benar-benar takut jika membuka sempadannya itu, dan hanya melakukan dalam waktu tempoh terhad.

Jika sempadan tersebut dibuka sejak dari dahulu, maka ada beberapa perkara yang boleh dilakukan.

Pertama, barangan boleh masuk ke Gaza dengan mudah, tanpa harus melewati sensor Israel.

Kedua, pembukaan gerbang yang kekal, terletak di atas hamparan padang pasir sempadan yang penuh oleh ratusan terowong di bawahnya, akan menjadi dorongan besar bagi Hamas dan pukulan teruk bagi usaha Israel dan Barat dalam melumpuhkan Islam.

Jabatan Dalam Negeri Hamas mengatakan dalam kenyataannya bahawa: "Rafah terbuka setiap hari dari jam 9 pagi sampai 19:00."

Sebuah sumber keselamatan Mesir berkata kepada Reuters: "Mesir membuka sempadannya dengan Gaza pada hari Selasa untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan untuk memasuki Gaza."

"Sempadan akan tetap terbuka tetapi dalam masa yang terhad," kata sumber itu.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP