Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 25, 2010

Niat bantu mujahidin Afghanistan sebaliknya dituduh teroris

Sebuah mahkamah Pakistan pada Khamis (24 Jun) lalu menjatuhi hukuman terhadap lima pelajar Amerika kerana dituduh menghubungi kumpulan militan Islam di Pakistan melalui Internet dan merancang serangan pengganas.

Mereka dijatuhkan hukuman masing-masing 10 tahun penjara, kata timbalan pendakwa.

Rana Bakhtiar timbalan pendakwa mengumumkan hal tersebut pada Khamis semalam di bandar Punjab Sargodha.

Beliau mengatakan para mahasiswa berasal Amerika Syarikat itu mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan.

Para pelajar yang berusia lingkungan 20 an itu berasal dari wilayah Washington, DC, ditahan pada Disember lalu di pusat bandar Pakistan dari Sargodha, 190 km (120 batu) tenggara Islamabad selepas keluarga mereka melaporkan mereka hilang.

Bakhtiar berkata para pelajar itu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan seorang dikenakan lima tahun. Mereka juga didenda total sebanyak $821 Dolar Amerika.

"Kedua-dua keputusan mahkamah tersebut akan bermula secara bersamaan dan dalam praktik mereka akan menghabiskan masa selama 10 tahun di penjara. Kami akan mengemukakan rayuan di mahkamah tinggi untuk meningkatkan hukuman ini," kata Bakhtiar kepada wartawan.

Lima orang pelajar mengatakan kepada mahkamah dahulu bahawa mereka hanya ingin membantu menyediakan sesama saudara muslim mereka di Afghanistan dengan ubat-ubatan dan bantuan kewangan.

Mereka juga menuduh FBI Amerika Syarikat dan polis Pakistan menyeksa mereka dan cuba untuk menahan mereka.

Dua daripada lima mahasiswa tersebut berasal Pakistan. Dan yang lain berasal dari Mesir, Yaman dan asal Eritrea. Namun mereka semua merupakan mahasiswa di AS.

Para mahasiswa tersebut ditangkap beberapa hari selepas tiba di Pakistan tahun lalu.

Polisi Pakistan menuduh mereka menghubungi email kumpulan pejuang Islam Pakistan, yang telah merancang untuk melakukan serangan di Pakistan. (Fq / aby)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP