Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 6, 2010

Mesir larang kemasukan bahan bangunan ke Gaza

Pihak berkuasa Mesir menolak permintaan yang diajukan Persatuan Doktor Arab di Kaherah untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah dengan wilayah selatan Semenanjung Gaza.

Hal ini terjadi justeru ketika masyarakat antarabangsa menyeru penjajah Zionis Israel membuka sempadan dan mengehentikan kepungan dan membiarkan bahan bangunan masuk ke Semenanjung Gaza.

Wakil Persatuan Doktor Arab di Semenanjung Gaza, Munir al Bash mengatakan bahawa pihak berkuasa Mesir menolak permintaan daripada persatuan doktor Arab di Kaherah untuk memasukkan bantuan kemanusiaan dan bahan rekonstruksi Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Dalam kenyataan khusus kepada koresponden Infopalestina, Sabtu (5 Jun), Munir mengatakan bahawa; "Pejabat persatuan di Kaherah telah mengajukan permintaan kepada pihak berkuasa Mesir untuk membenarkan kemasukkan bantuan 220 tan bantuan makanan dan 200 tan bahan bangunan dan simen.

Namun sampai ketika ini pihak berkuasa Mesir menolak permintaan tersebut."

Beliau menjelaskan bahawa bantuan tersebut ketika ini disimpan di bandar el Arish Mesir menunggu izin Mesir untuk boleh dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menangguh dan penolakan tidak berasas ini berlaku selepas Presiden Mesir Housni Mubarak mengeluarkan arahan pembukaan gerbang Rafah setiap hari dari kedua sisi.

Kerajaan Mesir terpaksa membuka pintu sempadan Rafah menyusul terjadi pembunuhan biadab yang dilakukan Zionis Israel terhadap para aktivis kemanusiaan antarabangsa di atas kapal armada kebebasan.

Mesir membenarkan kemasukan enjin penjana elektrik dan kebenaran keluar pesakit warga Gaza untuk berubat.

Namun belum ada kemajuan soal izin kemasukan bantuan ke Semenanjung Gaza. Hal ini meninggalkan persoalan besar tentang sikap Mesir. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP