Persatuan peguam Islam mengungkapkan tekad akan mengajukan kes rampasan Israel keatas kapal Mavi Marmara kepada mahkamah antarabangsa.
Hamdi Khalifah, peguam Mesir dalam kenyataan medianya, Sabtu (5 Jun) mengatakan, pihaknya sedang melakukan persiapan untuk mempidanakan serangan terhadap kapal armada tersebut.
Seharusnya yang menggugat kejahatan Zionis itu ada di tangan Turki, kerana kapal ini bendera Turki dan sedang berada di lautan antarabangsa.
Tindakan tersebut jelas sebagai kejahatan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa, katanya.
Sementara itu, persatuan kolomnis Arab dan Mesir, Jumaat (5 Jun) mengeluarkan surat kenyataan yang menyebutkan, penyerbuan tentera Zionis sebagai bentuk rampasan terhadap kapal dan gangguan terhadap undang-undang antarabangsa.
Dalam pada itu, persatuan kolomnis Arab menyelar sikap Arab dan hal ini sangat memalukan.
Seharusnya Arab boleh lebih keras dalam menghadapi keganasan Zionis.
Mereka menyeru para pemimpin Arab merealisasikan keputusannya untuk memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Zionis serta memberi pengajaran Israel sebagai pengganas perang. (Asy)
Pengajaran dakwah Nabi Muhammad di Taif
-
*SESUDAH SUBUH*
*Bersama anak menantu dan empat cucu. (Seorang cucutak kelihatan). *LAMA
saya tidak mencatat sesudah Subuh. Kali ini terbuka hati untuk...
7 hours ago

0 comments:
Post a Comment