Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 6, 2010

Rachel Corrie dipaksa ke pelabuhan Ashdod

Tentera laut Zionis merampas secara haram kapal RachelCorrie berasal dari Ireland yang merupakan salah satu perserta armada kebebasan di perairan antarabangsa, ketika kapal tersebut menuju Semenanjung Gaza.

Rangkaian televisyen chenel 2 Ibrani melaporkan semalam (5 Jun), tentera Zionis telah menguasai kapal Ireland, diberi nama Rachel Corrie.

Tentera Laut Israel telah memberitahu crew kapal tersebut, bahawa niat mereka untuk terus menuju Gaza telah melanggar peringatan dari Israel yang berulangkali meminta kapal itu menuju pelabuhan Ashdod.

Kalau tidak, maka pasukan Israel akan memaksanya dengan menaiki kapal tersebut.

Stesen televisyen Israel memberitahu, kapal Ireland dipaksa diarah belayar ke pellabuhan Ashdod untuk diturunkan muatan dan diperiksa bawaannya.

Dalam mesyuarat tekanan kerajaan Zionis sebelum ini tetap memutuskan tidak akan membenarkan kapal Rachel Corrie masuk Gaza dan akan dipaksa ke pelabuhan Ashdod.

Sementara itu, jabatan luar negeri Ireland berkata, pihaknya telah bersetuju dengan Israel akan menurunkan muatan kapal di Ashdod dan diperiksa oleh badan PBB dan Ireland untuk kemudian dihantar ke Semenanjung Gaza.

Sementara itu dalam laporan lain, pihak jabatan mengakui bila para penumpang kapal menolak kesepatan tersebut. Mereka juga tetap menyatakan akan melawan pasukan komando Zionis.

Perlu diketahui, kapal itu membawa bantuan seberat 550 tan simen, dan alat pelajaran serta mainan anak-anak selain alat perubatan dan lainya.

Kapal ini mengandungi 11 orang. Lima dari Ireland dan enam daripada Malaysia. Selain itu ada lapan crew kapal yang terdiri daripada satu orang nakhoda dari Inggeris dan Cuba serta enam orang pegawai kapal dari bangsa Philpina. (Asy)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP