Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 2, 2010

Abbas mahu terus runding damai dengan Israel pengganas tanpa dengar kata Yusof Qardhawi

Pihak berkuasa Palestin, Presiden Palestin yang telah habis tempoh jawatannya, Mahmoud Abbas menegaskan tekadnya untuk meneruskan perundingan tidak lansung dengan entiti penjajah Zionis.

Walaupun Israel melakukan pembunuhan terhadap para aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan menangkap beratus-ratus daripada mereka.

Pejabat berita Associated Press menyebut bahawa Abbas telah melakukan komunikasi telefon dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Mon, Selasa (1 Jun), kurang daripada 24 jam daripada aksi pembunuhan di atas kapal armada kebebasan.

Beliau menyampaikan tekadnya untuk meneruskan perundingan secara tidak langsung dengan entiti penjajah Zionis Israel, kerana apa yang terjadi dinilainya tidak ada hubungan apapun dengan perundingan antara kedua-dua belah pihak.

Sebagaimana telah dilaporkan sebelum ini, pasukan penjajah Zionis Israel membunuh sekitar 19 aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin di Jaluran Gaza. Sekitar 50 daripada mereka mengalami luka-luka.

Tindakan Abbas itu melanggar arahan tokoh ulama, Dr Yusof al-Qardhawi yang mahu pihak autoriti Palestin dan negara Arab menghentikan perundingan damai dengan Israel.

Ketua Persatuan Ulama Dunia itu, meminta dihentikan hubungan dan inisiatif damai dengan entiti penjajah Zionis selepas serangan berdarah terhadap armada kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau juga menyeru diadakannya pertemuan para ulama di Istanbul untuk menyampaikan mesej "kontrak" kepada umat Islam.

Apakah Abbas akan terus degil dan keras kepala daripada mendengar pandangan ulama? Jika ini perangai Abbas maka sampai bila-bila orang Arab terus dihina Yahudi. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP