Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 16, 2010

Israel akan gagalkan kapal Iran masuk Gaza

Sumber Israel melaporkan bahawa ada usaha untuk mengelakkan kapal bantuan kemanusiaan Iran masuk ke Semenanjung Gaza dari memasuki Mediterranean. Hal ini menunjukkan bahawa Tentera Laut zionis Israel akan memerangi setiap kapal yang berusaha memecahkan kepungan yang dikenakan pada wilayah tersebut dan mencegah sebarang kapal mendekati pantai Gaza.

Dijelaskan oleh radio awam Israel bahawa walaupun adanya perbincangan untuk melonggarkan kepungan, Israel akan melawan setiap kapal yang cuba menceroboh kepungannya dan mencegah kapal mendekati pantai Gaza, termasuk kapal dari Iran.

Radio negara itu melaporkan terlebih dahulu bahawa kapal bantuan kemanusiaan Iran akan berangkat menuju ke Semenanjung Gaza, dan kapal lain akan berangkat pada Jumaat depan untuk membawa bantuan berupa makanan dan bahan bangunan.

Seperti yang dilaporkan akhbar Yediot Aharonot bahawa tentera Israel sedang mempersiapkan diri untuk "menyambut" dua kapal yang akan tiba ke wilayah tersebut akhir minggu ini, satu kapal Iran dan lainnya dihantar dari Hizbullah Lebanon.

Teheran telah menghantar bantuan ke Gaza beberapa waktu lalu melalui Mesir, tidak jelas apakah bantuan ini akan mengikuti laluan yang sama atau cuba membawa sendiri kapal bantuan ke dermaga di Gaza. (Fq / islamtoday)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP