Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 1, 2010

Apakah Abbas ikut terlibat serang armada kebebasan kerana tidak kutuk Israel

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil masa lama mahu kutuk Israel sementara sekutu Najib, Presiden Palestin, Mahmod Abbas pula langsung tidak menyuarakan kutukan terhadap Israel.

Ahli Parlimen Palestin, Ir. Abdurrahman Zaidan meminta kerajaan Palestin di Ramallah untuk menghentikan semua perundinganya dengan Israel, baik yang langsung mahupun tidak langsung, sebagai reaksi keatas rampasan yang dilakukan Israel.

Dalam kenyataan medianya, Isnin (31 Mei) Zaidan berkata, kami bimbang kerajaan Ramallah bersetuju atas tindakan Zionis dengan tidak mengecam atau mengutuk tindakan mereka di dunia antarabangsa. Dengan demikian boleh dikatakan kerajaan Ramallah terlibat dalam aksi tersebut.

Beliau berkata, pengumuman Presiden Abbas untuk melakukan mogok massal selama tiga hari, tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawabnya.

Sebab pada masa yang sama kerajaan Ramallah melarang aksi massa yang mengecam Zionis di kebanyakan bandar di Tebing Barat.

Pihak kerajaan Abbas seharus membebaskan rakyat Palestin di Tebing Barat untuk mengungkapkan perasaan mereka diatas kejahatan Zionis tersebut.

Kepada dunia, Zaidan menegaskan, dunia perlu menyekat Zionis atas semua kejahatannya baik dalam bidang maklumat, politik, ekonomi, ketenteraan dan mengusir semua diplomatnya dari negara mereka masing-masing. Zionis ketika ini seperti negara yang berada di atas undang-undang.

Kepada Kesatuan Eropah hendaklah menyambut seruan rakyatya untuk melepaskan diri dari hegemoni Amerika yang menentang hak-hak rakyat Palestin untuk hidup mulia dan tidak.

Zaidan mengucapkan terima kasih dan hormatnya kepada kerajaan Turki dan rakyatnya dan kepada seluruh negara yang warganya ikut dalam rombongan armada kebebasan. (Asy)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP