Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 2, 2010

Ahli Parlimen Mesir cerita diserang Israel

Pasukan Israel menyerang tempat perlindungan para relawan perempuan. Mereka mengacukan senjata ke kepala wanita relawan itu dan menggarikan tangan.

Salah seorang ahli parlimen Mesir dari Ikhwanul Muslimin yang juga menjadi relawan kemanusiaan di kapal Mavi Marmara, Dr Hazim Faruk Mansur mendedahkan kejadian yang sesungguhnya terhadap "armada kebebasan" secara detail dan terperinci kepada Al-Arabiya.net.

Faruk berkata, ketika pulang ke Mesir, ia hanya mengenakan kaos dalam yang dilumuri dengan darah korban warga negara Turki yang meninggal akibat serangan Israel. Bahkan tingkat kapal itu berubah warna menjadi merah akibat darah para korban, tambahnya lagi.

Faruk dan rakannya Muhammad Al-Baltaji yang sempat ditahan di pelabuhan Asdoud di Israel, mendedahkan bahawa semua yang diungkapkan oleh Menteri Luar Negeri Israel Lieberman adalah kebohongan belaka.

Beliau berkata secara tegas bahawa kapal Armada Kebebasan tidak ada membawa senjata sama sekali, seperti yang dituduh oleh Israel.

Faruk menceritakan, sekitar jam empat dini hari, mereka melakukan solat subuh berjemaah.

Namun di tengah-tengah sembahyang, mereka dikejutkan dengan beberapa helikopter yang terbang di atas kapal mereka, serta 4 kapal yang dilengkapi dengan meriam dan 16 kapal lain yang membawa sekitar lapan orang di setiap kapal.

Kemudian helikopter itu langsung menurunkan serdadunya dengan senjata yang lengkap, dan menembak kepada mereka.

Seketika itu para relawan langsung lari. Namun sebahagian daripada mereka ada yang tertangkap oleh tentera Israel, dan tidak segan-segan tentera Israel itu membunuh mereka di dapan relawan lain.

Ketika itu sebanyak 14 relawan dari Turki terus syahid di tempat, dan beberapa beberapa orang lain cedera.

Setelah itu tentera Israel menyerang tempat yang digunakan sebagai perlindungan para relawan perempuan.

Tentera itu mengacu senjata ke kepala mereka. Tentera Israel memperlakukan mereka dengan kejam, tidak pandang bulu. Semua orang akhirnya digari.

Faruk menjelaskan, "Tentera Israel menurunkan kami satu persatu dari induk kapal.

Mereka menurunkan Syeikh Raid Shalah, Syeikh Muhammad Zaidan, Syeikh Hamad, kemudian saya dan Dr Baltaji. Dan kami semua digari."

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP