Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 3, 2010

Kapal Rachel Corrie dijangka tiba di pantai Gaza esok

Kapal "Rachel Corrie" Ireland, salah satu kapal armada kebebasan yang tertunda bergabung dengan 6 kapal armada kebebasan lain kerana jauhnya jarak berlepas kapal ini, dijangka akan berlabuh di pantai Palestin di Semenanjung Gaza pada hari Jumaat esok atau Sabtu lusa.

Walaupun berlaku pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan kanan Zionis terhadap kapal armada kebebasan yang mendahuluinya.

Salah satu awak kapal, yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, mengatakan, "Kapal ini bertekad untuk meneruskan perjalanan ke Semenanjung Gaza meskipun pengepungan dikenakan pada kami oleh Israel."

Diperkirakan akhir minggu ini iaitu hari Jumaat malam atau pagi Sabtu, kapal Rachel Correi akan sampai di titik konfrontasi serangan ganas pasukan tentera Zionis dengan konvoi bantuan yang belayar ke Gaza, Isnin lalu.

Penyelenggara mengatakan bahawa kapal "Rachel Corrie", yang dibelinya oleh para penyokong perpaduan rakyat Palestin, dan diberi nama seorang aktivis wanita Amerika yang tewas dilibas buldoser Zionis ketika membela rumah keluarga Palestin di Semenanjung Gaza pada tahun 2003 yang akan dirobohkan Israel, sudah belayar dari Malta pada hari Isnin lalu.

Derek Graham, salah satu ahli kru kapal, kepada radio Ireland mengatakan bahawa kapal tersebut membawa 15 aktivis perpaduan, termasuk seorang tokoh dari Ireland Utara yang meraih penghargaan Nobel Perdamaian.

Graham berkata; "Kami sudah melakukan pertemuan selepas apa yang terjadi pada hari Isnin pagi. Tekad kami bertambah untuk meneruskan misi kami."

Beliau menambah bahawa kapal itu membawa peralatan perubatan dan peralatan sekolah serta simen.

Kerajaan Ireland dahulu telah meminta kepada kerajaan penjajah Israel untuk tidak mengusik perjalanan kapal Ireland Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Presiden Ireland, pada Rabu (2 Jun) pagi, meminta Israel untuk memberikan izin kapal Ireland tersebut untuk belayar ke Semenanjung Gaza tanpa gangguan.

Ketua pejabat Umum di Kementerian Luar Negeri Ireland telah menghantar surat kepada Duta Israel di ibukota Deblin, Tyson Avresni.

Namun belum ada jawapan jelas soal sikap kerajaan Israel terhadap kapal Ireland tersebut. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP