Nicaragua telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindakan protes terhadap serangan membunuh Tel Aviv terhadap konvoi bantuan kemanusiaan yang menuju Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.
"Nicaragua menunda mulai hari ini hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel," kata pejabat Presiden Daniel Ortega dalam sebuah kenyataan hari Selasa (1 Jun).
"Kerajaan Managua menyifatkan haram serangan Israel terhadap misi kemanusiaan yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan," lapor AFP dari kenyataan Ketua Komunikasi Nicaragua Rosario Murillo.
Negara Amerika Tengah tersebut menegaskan sokongannya terhadap rakyat Palestin dan mendesak Israel untuk menamatkan kepungan yang melumpuhkan Gaza itu.
Di Amerika Selatan, Brazil bergabung dengan komuniti antarabangsa mengecam serangan Israel terhadap armada kebebasan dan memanggil Duta Besar Israel berkaitan serangan brutal itu.
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mengatakan Israel "tidak berhak" untuk melakukan serangan seperti itu, ia juga mengingatkan bahawa armada kebebasan melakukan perjalanan di perairan antarabangsa.
Turut mengecam serangan "jenayah" Israel itu ialah Presiden Venezuela Hugo Chavez mengutuk tindakan Israel sebagai pembunuhan beramai-ramai secara brutal. (Fq / prtv)
Kenapa MCA Perlu Melatah Bila MB Pahang Dakwa Lebih Mudah Berkerja Dengan
DAP Dalam Urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri?
-
MCA melatah bila Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy Wan
Ismail akui berkerja dengan DAP lebih mudah berbanding parti itu.
Macam-macam...
3 days ago

0 comments:
Post a Comment