Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 16, 2010

Bekas CIA: Israel lebih penting daripada nyawa warga Amerika

Bagi negara Amerika Syarikat, membela Israel jauh lebih penting bahkan dibanding dengan nyawa warga negaranya sendiri yang dibunuh oleh tentera Israel. Sudah ramai warga negara AS yang menjadi korban kebrutalan tentera Zionis, tetapi AS tidak pernah menekan apalagi menjatuhkan hukuman pada sekutunya itu.

Mantan analisis di CIA, Ray McGovern dalam wawancara dengan stesen televisyen berbahasa Inggeris Iran mengakui bahawa Washington tidak pernah memperkirakan sejumlah insiden di mana tentera Israel dengan sengaja membunuh warga negara AS. Ia mencontohkan peristiwa serangan Israel ke kapal USS Liberty milik Tentera Laut AS yang berlaku pada 8 Jun 1967.

"Tidak ada penyelidikan atas peristiwa itu, meski Tentera Udara dan Tentera Laut Israel dengan sengaja menyerang dan berusaha menenggelamkan kapal USS Liberty yang ketika itu masih berada di perairan antarabangsa. 34 tentera Tentera Laut AS terbunuh dan 170 orang cedera serius dalam insiden tersebut," kata McGovern.

Berkaitan peritsiwa itu, kerajaan AS dan Israel hanya mengeluarkan laporan yang isinya bahawa insiden itu hanya sebuah "kesalahan" kerana tentera Israel tidak mengenali identiti USS Liberty dan dikira sebagai kapal perang milik Mesir yang ketika itu berperang melawan Israel.

Kongres AS menolak penyelidikan lebih lanjut meski sejumlah diplomat dan agen perisikan AS yang mengetahui ehwal serangan Israel itu membantah laporan kerajaan AS dan Israel. Mereka meyakini serangan itu bukan "kesalahan" tapi kesengajaan.

Serangan tentera Israel ke kapal USS Liberty pun dipetieskan dan menjadi insiden terbesar yang dialami Tentera Laut AS tetapi tidak diselidiki. Warga AS lain yang menjadi mangsa kebrutalan tentera Zionis adalah Rachel Corrie.

Pada bulan 2003, Corrie yang masih 23 tahun dan salah satu aktivis antarabangsa pro-Palestin terbunuh, dilindas buldoser tentera Israel ketika berusaha menghalang tentera Zionis yang akan meroboh rumah seorang warga Palestin di Gaza.

McGovern berkata, peristiwa dibunuh Rachel Corrie berlaku beberapa hari sebelum pencerobohan AS ke Iraq dan Israel tahu bahawa media AS akan lebih didominasi pemberitaan soal pencerobohan ke Iraq daripada memberitakan warga negara AS yang dilindas buldoser Israel.

Memang benar, kerajaan AS sama sekali tidak melontarkan protes terhadap Israel atas kematian Corrie bahkan lebih mempercayai laporan pihak Israel atas insiden yang menimpa Corrie.

Yang masih segar dalam ingatan dunia antarabangsa adalah serangan brutal tentera Zionis Israel ke kapal Mavi Marmara, kapal yang membawa rombongan aktivis "Freedom Flotilla" untuk menghantar bantuan kemanusiaan bagi warga Gaza yang sudah hampir 3 tahun diblokade Israel.

Dalam serangan itu, 20 aktivis kemanusiaan mati dan 40 orang lainnya cedera dan salah satu aktivis yang mati adalah Furkan Dogan, seorang warga negara AS yang tinggal di Turki.

Sama dengan insiden sebelum ini, tak ada protes dari pemerintah AS atas kematian warga negaranya itu oleh tentera Israel.

Menurut McGovern kerana merasa kebal undang-undang dan selalu mendapat perlindungan, Israel tak segan-segan membunuh siapa sahaja, bahkan warga negara AS, negara yang menjadi sekutu dekatnya.

Atas sikap AS yang lebih mementingkan Israel itu, McGovern berkomentar, "Apakah yang boleh kita lakukan adalah melihat kembali peristiwa tahun 1967, ketika Presiden AS ketika itu berulang kali menyampaikan kenyataan bahawa ia tidak peduli berapa banyak pelaut AS yang terbunuh, tidak peduli jika kapal AS tenggelam, kerana ia tidak mahu memalukan sekutunya, Israel. " (Ln / prtv)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP